16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H yang diadakan di kediaman YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor di Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan dengan acara Khatam Al-Quran, diikuti dengan Solat Zohor serta Solat Sunat Tasbih yang dilaksanakan secara berjemaah.




