29 Januari 2026
10 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Minum Petang & Ramah Mesra serta penyampaian sijil lantikan kepada Rakan Strategik dan Ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia bersempena Pelancaran Anugerah Perdana NGO Malaysia 2026 Zon Selatan yang melibatkan NGO-NGO bagi Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan anjuran Yayasan Generasi Malaysia (YGM).
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Pelancaran Buku Berjudul Semanis Pemulihan Diri Melalui Aromaterapi Pintar Terbitan UTeM Press dan Buku Berjudul 77 Pedoman Kemanusiaan Untuk Pelajar Ph.D Terbitan UPM Press.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Profesor Dr. Abdul Latiff Bin Abu Bakar, Pengerusi Yayasan Generasi Malaysia dan YBhg. Profesor Datuk Teknologis Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.




