14 Februari 2026
26 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Pendidikan Anak-Anak DUN Paya Rumput Sempena Karnival Demi Paya Rumput Tahun 2026 yang diadakan di Pentas Utama Perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana serta YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Penubuhan tabung ini bertujuan meringankan beban keluarga yang memerlukan di samping membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada generasi muda agar mereka dapat mencapai kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah diri yang unggul.




