5 Februari 2026
17 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merasmikan Majlis Pembukaan Malaysia Muslim Festival 2026 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Syed Hussein Abd Kadir Al Habshee, Penasihat Malaysia Muslim Festival; YBhg. Datuk Azhari Dato’ Shaari, Pemangku Pengerusi Halal Development Corporation dan Encik Ahmad Hussain Tajudin, Pengerusi Malaysia Muslim Festival.
Hadir sama Mr. Mohamed Najeeb Al Bulushi, Minister Plenipotentiary/Deputy Head of Mission of the Sultanate of Oman dan TYT Ali Mohamed Abukar, Duta Besar Somalia ke Malaysia.
Sebanyak 112 reruai disediakan di festival yang berlangsung yang bermula harini hingga 8 Februari ini dengan fokus kepada gaya hidup Muslim, perdagangan, dan pemerkasaan ekonomi ummah.




