ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Tuesday, 07 April 2026 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu

Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu
3 April 2026
14 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni masyarakat melalui penganjuran Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara UTeM bersama KEDIDI Global Sdn. Bhd. sebagai pakar kaki palsu dan 3D Gens Sdn. Bhd. sebagai pakar teknologi cetakan 3D, dengan sokongan pembiayaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pada majlis tersebut, dua penerima telah menerima kaki palsu yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing, iaitu Encik Baharom bin Ab Rahim dan Puan Rosita binti Ahmad.
Program ini juga mengetengahkan inovasi kaki palsu berasaskan teknologi cetakan 3D yang dibangunkan hasil penyelidikan UTeM. Produk ini direka lebih ringan serta dilengkapi sistem pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan pengguna, khususnya dalam keadaan cuaca tempatan.
Turut hadir YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; Puan Halyjah binti Muhamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, serta pemimpin masyarakat tempatan, rakan industri dan masyarakat setempat.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan UTeM dalam memanfaatkan kepakaran teknologi kejuruteraan untuk kesejahteraan masyarakat, di samping memperluaskan aplikasi teknologi cetakan 3D dalam bidang rehabilitasi perubatan. Program seumpama ini dijangka terus memberi impak positif kepada kualiti hidup penerima serta menyumbang kepada pembangunan teknologi prostetik yang lebih inovatif pada masa hadapan.
Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu
  • Tweet

What you can read next

Majlis Perkahwinan
Majlis Perkahwinan Cik Nurshara Fazreen dan En Azmil Malek
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga
menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Kampung Hulu, Jalan Kampung Hulu, Melaka
Menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Kampung Hulu, Jalan Kampung Hulu, Melaka

Recent Posts

  • Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka

    Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka

    12 April 2026 23 Syawal 1447H TYT Tun Seri Seti...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP