29 Mac 2026
9 Syawal 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Majlis Perasmian ‘Beyond Celebrations Bridal & Event Showcase 2026’ yang diadakan di Dusit Princess Melaka.
Ketibaan YABhg. Toh Puan telah disambut oleh YB Datuk Kalsom Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YBhg. Datin Wira Rushlinda binti Muhammad isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Majlis turut diserikan dengan tarian sambutan oleh Little Nyonya dan pertunjukkan fashion show.




