15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Khatam Al-Quran Peringkat Dun Ayer Limau 2026 di Masjid Raudahtul Solihin Kg. Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka.
Majlis turut dihadiri YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau bersama isteri YBhg. Datin Hajah Hartinee binti Ibrahim; YBrs. Tuan Haji Amir Hussin bin Yaakub, Penyelaras Dun Ayer Limau dan YBrs. Ustazah Norhasimah binti Ismail, Mantan Guru Besar Sekolah Rendah Jaim, Sungai Jernih.




