15 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Siri 4/2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka.
Tahniah kepada 159 pelatih yang telah berjaya menamatkan Latihan Asas Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).
Turut berlangsung persembahan AFRS dan demonstrasi keupayaan jentera AFRS. TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan pandu uji jentera AFRS.
Hadir sama YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB Datuk Wira Haji Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Dato’ Mohd Izani bin Ghani, Pengarah Urusan Malaysia Airports; YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta YBrs. Tuan Mohamad Radzuan bin Mazlan, Setiausaha Bahagian Udara Kementerian Pengangkutan Malaysia.




