11 April 2026
22 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap ADUN Pengkalan Batu dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yayasan Toh Puan Zurina.
Kemudiannya pada sebelah petang, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Grand Kaca Wedding Hall di Jalan Autocity, Ayer Keroh serta Rumah Terbuka YBhg. Datuk Wira Radhuana binti Salleh, Pegawai Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ozana Impian, Ayer Keroh.
Manakala pada sebelah malam pula, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka & YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka yang diadakan di Bukit Peringgit, Melaka.




