18 April 2026
29 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap ADUN Ayer Molek yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Paya Dalam, Ayer Molek.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir ke tiga Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YBhg. Datuk Wira Ismail Saleh, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Ayer Keroh; Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Fazil Group 2026 di Kota Syahbandar dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tuan Haji Md Rasali & YBhg. Datuk Nor Adibah di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkesempatan hadir ke tiga buah Majlis Perkahwinan iaitu Majlis Perkahwinan anak lelaki kepada YBhg. Datuk Adillah Ahmad Nordin iaitu Encik Anas bin Ahmad Zaharim dan pasangannya Cik A’isyah Sakinah binti Mohamad Hasmin di Villa Istana Melaka, Ayer Keroh; Majlis Perkahwinan Cik Monalisa binti Ahmad Mokhtar & Pasangannya Encik Muhammad Amann Teoh Man Chun (Chef Amann) di Temasek Hotel, Perkampungan Portugis serta Majlis Perkahwinan Cik Seri Qaliesa & Pasangannya Encik Muslihuddin di Dewan WYF, Ayer Keroh.




