10 April 2026
21 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap ADUN Bukit Katil di Dewan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Duyong di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.
Manakala pada sebelah petang TYT Tun Seri Setia turut menghadiri Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Melaka Tahun 2026 dan Majlis Jamuan Hari Raya 2026 Putra Specialist Hospital Melaka.




