27 Februari 2026
9 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baharu Cina DUN Bandar Hilir, Melaka Tahun 2026 yang di adakan di Dewan SJK(C) Pay Fong 2, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seti Setia disambut YB. Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna; YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB Puan Leng Chau Yen, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap ADUN Bandar Hilir serta YB Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.




