5 September 2025
12 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 yang bermula di Stadium Tun Fatimah, Melaka.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia mengetuai perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit ke Dataran Pusat Islam Melaka yang turut diiringi oleh YB. Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB. Datuk Hajah Kalsom binti Nordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM); ketua-ketua Jabatan negeri dan persekutuan serta membabitkan seramai 112 kontinjen terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan termasuk swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Perarakan turut disertai Japerun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, masjid dan surau serta sekolah-sekolah.
Walaupun keadaan cuaca hujan, iainya tidak mematahkan semangat hampir 6,300 peserta perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini.





