22 Februari 2026
4 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa melawat proses pembinaan rumah yang akan menempatkan 6 adik beradik yang Orang Kurang Upaya (OKU) ekoran daripada ziarah kasih yang diadakan pada 10 Februari yang lalu di Bukut Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Madrasah Pengkalan Rama Pantai bagi melihat orang-orang kampung di situ memasak bubur lambuk.






