22 Februari 2026
4 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan mendengar tazkirah Ramadan dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta bermoreh bersama ahli kariah.
TYT Tun Seri Setia turut membayar zakat fitrah bagi tahun ini.




