12 Mac 2026
22 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyempurnakan Peluncuran Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan UTeM (Ai-Lead UTeM) di Perpustakaan Laman Hikmah UTeM sempena Majlis Iftar bersama UTeM 1447H/2026M.
Di majlis yang sama TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Majlis Perasmian Zheng He Cultural Comer of Malaysia, OCBC A-Amin AZKA-PPZ Knowledge Lounge @ UTeM dan Galeri Penerbit Universiti.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa ringkas dan Solat Maghrib. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia iftar bersama keluarga UTeM dan menyaksikan Penyerahan Bayaran Dividen bagi Tahun Kewangan 2025 daripada UTeM Holding; Penyerahan Sumbangan Progroam lqra TH IPTA 2025 UTeM daripada Tabung Haji; Penyerahan Sumbangan Dana Sarapan Pagi Percuma @ PLH daripada OCBC AI-Amin dan Penyerahan Van Jenazah daripada Sime UMW.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar asnaf UTeM.




