ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Friday, 03 January 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara

Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya yang telah mengorbankan tujuh orang di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
TYT Tun Seri Setia turut bertemu dengan ahli keluarga dan waris mangsa terkorban di Bahagian Forensik Hospital Melaka, serta menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kejadian maut tersebut.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Hospital Melaka disambut oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi mangsa-mangsa kemalangan yang cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa.
Nahas yang melibatkan sebuah bas persiaran, sebuah kenderaan MPV dan dua buah lori ini telah mengorbankan lima sekeluarga dalam sebuah MPV termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun. Manakala, dua lagi mangsa yang maut adalah pemandu bas dan seorang penumpang bas persiaran.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa yang terkorban dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang beriman. Aameen.
Al-Fatihah.
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara 2
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara 3
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara 4
  • Tweet

What you can read next

ang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ''Legasi Bomba The Movie'' di GSC AEON Bandaraya Melaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ”Legasi Bomba The Movie” di GSC AEON Bandaraya Melaka
Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan 'Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka' Disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Istana Budaya2
Persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan ‘Lambang Sari Series 3: Kita Jiwa Merdeka’ di Istana Budaya
Majlis Perkahwinan
Majlis Perkahwinan anak lelaki YBhg. Datuk Iskandar bin Sarudin

Recent Posts

  • Majlis Houl dan Khatam Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Melaka

    Majlis Houl dan Khatam Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Melaka

    17 Januari 2026 27 Rejab 1447H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP