15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan perlawanan Liga Super antara Melaka FC menentang Kelantan FC di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Tahniah kepada pasukan Melaka FC yang telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan dua jaringan berbalas satu.
Usai selesai perlawanan TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Bazar MITC, Ayer Keroh bagi melihat gerai-gerai pameran serta beramah mesra dengan pengunjung di situ.




