24 Februari 2026
6 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Program Ihya’ Ramadan 1447H Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat, Cheng, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; YB Datuk Haji Zulkifli bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YS PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Bakul Ramadan, sumbangan kepada pelajar tahfiz dan penyampaian Hadiah Pertandingan Skuad Bomba.
Selepas berbuka puasa, TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Maghrib bersama hadirin di Balai Bomba dan Penyelamat, Cheng.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat lsyak dan Solat Terawih di Masjid Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A, Taman Cheng Perdana serta menyampaikan sumbangan kepada masjid dan moreh bersama jemaah yang hadir.





