11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman meneruskan Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Jasin.
Antara mereka yang disantuni YABhg Toh Puan termasuklah YBhg. Datin Wira Saodah di Pernu, YBhg. Datin Ramlah Binti Jaafar di Merlimau, YBhg. Datin Noraini binti Saleh di Taman Seri Bayu, YBhg. Datin Noraziah Binti Ali di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, YBhg. Datin Munah Binti Manaf di Taman Maju Fasa 3, YBhg. Datin Rubiah Binti Edris di Kampung Kesang Jaya dan YBhg. Datin Seri Rabiah Binti Hasan di Asahan.




