23 Mac 2026
3 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tuan Haji Othman Ali bin Abd Rahim, mantan Imam 1 Masjid As-Syakirin, Bachang.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia mengadakan kunjungan raya dan ziarah raya kepada kenalan-kenalan lama di sekitar Bachang antaranya Puan Siti Aisyah binti Mahmood dan suaminya Encik Mohammad Ridwan bin Dol Hadi, yang kurang sihat; YBhg. Datuk Kasim bin Mohd Yusof; Cikgu Mohamad bin Md Yusof; Haji Jaafar bin Abu Chik; Puan Marsita binti Mohd Jantan yang mana suaminya Encik Ab Razak bin Husin baru menjalani pembedahan jantung.
TYT Tun Seri Setia juga sempat singgah di Warong Sham, Bachang dan beramah mesra bersama para pelanggan dan orang-orang kampung di situ.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia menyantuni mangsa-mangsa ribut di Kampung Pulau Samak, Batu Berendam yang melibatkan 16 buah rumah dan 2 buah kedai serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa ribut.




