10 Januari 2026
20 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyambut ketibaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan mencemar duli ke Negeri Melaka.
Semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, serta seluruh kerabat diraja, sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat dan nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.




