Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka
Thursday, 12 September 2024
7 September 2024
3 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2024.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan kepada kepada Anak Yatim, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta beramah mesra bersama hadirin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 04 September 2024
3 September 2024
29 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Resepsi Fd Idzham dan YAM Tengku Puteri Afzan
Wednesday, 04 September 2024
31 Ogos 2024
26 Safar 1446H
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DIATAS PERKAHWINAN DIRAJA YANG AMAT MULIA TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH DENGAN PASANGANNYA FD IDZHAM BIN FD ISKANDAR.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Resepsi Fd Idzham & YAM Tengku Puteri Afzan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & Duli Yang Maha Mulia Sultan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli hadir ke majlis.
Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka adinda serta kerabat bergelar.
Majlis turut dihadiri TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor serta YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka
Wednesday, 04 September 2024
31 Ogos 2024
26 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Persiaran Jalan Merdeka (hadapan Mahkota Parade), Banda Hilir, Melaka.
Pada tahun ini, tema Sambutan Hari Kebangsaan iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran yang digabung jalin dengan integrasi sosial dan ekonomi bagi membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.
Kira-kira 6,800 peserta mewakili 135 pasukan yang telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, meliputi wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah seluruh Negeri Melaka termasuk kelab, persatuan dan NGO
Turut menyertai perarakan ialah kenderaan-kenderaan pelbagai agensi antaranya aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Walaupun cuaca hujan pada sebelah pagi sebelum bermulanya majlis, ianya tidak mematahkan semangat peserta perbarisan termasuk rakyat Melaka yang telah hadir ke tapak majlis seawal jam 6.00 pagi, bagi menunjukkan semangat patriotik mereka serta kecintaan kepada Negara demi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
- 1
- 2




