Memberikan Penghormatan Terkahir kepada Mendiang Encik Lim Ah Seng, ayah kepada YBhg Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad
Monday, 09 February 2026
4 Februari 2026
16 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terkahir kepada mendiang Encik Lim Ah Seng, ayah kepada YBhg Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad yang telah meninggal dunia pada usia 83 tahun di Taman Desa Baru, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Perjumpaan Bersama YBhg. Prof. Datuk Dr. Hasbi bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura
Monday, 09 February 2026
3 Februari 2026
15 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengadakan perjumpaan Bersama YBhg. Prof. Datuk Dr. Hasbi bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia bersama-sama tetamu berkesempatan berkunjung ke CEB Cafe Kedai Buku Sejarah Dunia di Jalan Bendahara, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat dariapda YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)
Monday, 09 February 2026
4 Februari 2026
16 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dariapda YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) serta Jawatankuasa Pengurusan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK).
Hadir sama YBhg. Dato’ Hajah Rosni binti Haji Zahari, Setiausaha Agong MUBARAK; YBhg. Datuk Abdullah Ali, Bendahari Agong MUBARAK; YBhg. Dato’ Haji Chemin bin Che Ahmad, Ketua Penerangan; YBhg. Datuk Nazari Adzim, Yang Dipertua MUBARAK Melaka dan YBhg. Datuk Abd Haziz bin Abd Gani, Setiausaha MUBARAK Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka dan YDH SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka
Monday, 09 February 2026
4 Februari 2026
16 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka dan YDH SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka.
Kunjungan ini adalah bagi memperkenalkan pegawai-pegawai PDRM Melaka yang baru iaitu ACP Sugemin bin Zainol, Ketua Cawangan Khas; ACP Zaihairul bin Idrus, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah; Supt. Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Alor Gajah; Supt. Lee Robert, Ketua Polis Daerah Jasin Kontinjen Melaka dan Supt. Nik Ab Halim Bin Nik Mat, Ketua Jabatan Pengurusan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
4 Februari 2026
16 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Yang Arif Tuan Darmafikri bin Abu Adam, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani, Kedah; YBrs. Tuan Nor Hisham Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan YBhg. Dato Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi (Operasi), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Malam Nifsu Syaaban dan Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026M/1447H
Monday, 09 February 2026
2 Februari 2026
14 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Malam Nifsu Syaaban dan Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026M/1447H di Masjid As-Syakirin, Kampung Gadek, Alor Gajah, Melaka.
Hadir sama YB Datuk Rosli Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Alor Gajah; serta YB Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Majlis telah dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, diikuti bacaan Yasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Selesai bacaan Yasin, TYT Tun Seri Setia kemudiannya menyempurnakan Pelancaran Ihya’ Ramadan Tahun 1447H/2026M, diikuti penyerahan sijil penghargaan kepada Imam Hafiz Tarawih Ramadan (IHTIRAM) yang melibatkan semua Parlimen dalam Negeri Melaka.
Turut berlangsung penyerahan Buku Taqarub Ramadan yang disampaikan oleh YB Datuk Rosli Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama kepada TYT Tun Seri Setia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Haji Amir Sharifuddin bin Abdullah, Presiden Kemalak Group Sdn Bhd
Monday, 09 February 2026
1 Februari 2026
13 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Haji Amir Sharifuddin bin Abdullah, Presiden Kemalak Group Sdn Bhd iaitu Encik Aziff Bin Datuk Wira Haji Amir Sharifuddin & Pasangannya Cik Nur Amysha Binti Datuk Mohd Arif yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Tan Sri Razarudin bin Husain, Mantan Ketua Polis Negara
Monday, 09 February 2026
31 Januari 2026
12 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menghadiri
iaitu En. Amirrul Nabill bin Razarudin & Pasangannya Cik Amira Zafirah yang diadakan di Shah Alam, Selangor.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Houl dan Khatam Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Melaka
Monday, 02 February 2026
17 Januari 2026
27 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Houl dan Khatam Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Melaka.
Majlis turut meraikan 30 anak-anak yatim dibawah pertubuhan ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian CEB Cafe Kedai Buku Sejarah Dunia di Jalan Bendahara, Melaka
Monday, 02 February 2026
1 Februari 2026
13 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian CEB Cafe Kedai Buku Sejarah Dunia di Jalan Bendahara, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










