ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Tuesday, 07 April 2026 by tytmelaka
Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
4 April 2026
15 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi & Hal Ehwal Agama; YBhg. Tuan Haji Shamsul Bahar bin Shamsudin, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Tabung Haji; Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YBhg. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan YBrs. Tuan Haji Muhamad Hishamuddin bin Muhamad Sohaimi, Pengarah Negeri Melaka Lembaga Tabung Haji.
Alhamdulillah pada tahun ini seramai 1,115 orang Melaka yang telah terpilih untuk menunaikan haji bagi musim haji 1447H/2026M.
Kursus Perdana Haji merupakan kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal Jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. la dilaksanakan selama satu hari setengah dengan memberi penekanan amali ibadat seperti tawaf, sa’ie, wuquf, bermalam (mabit) dan melontar. Kursus ini dilaksanakan dalam bulan Syawal di setiap negeri.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia mendoakan jemaah haji mendapat manfaat dan diberikan kefahaman ilmu ibadat haji yang lengkap melalui kursus-kursus haji yang dianjurkan ini. TYT Tun Seri Setia turut menyatakan penghargaan kepada para pembimbing ibadat haji atas usaha mereka untuk menyampaikan amanah ilmu dan kefahaman dalam membimbing bakal haji sebagai persediaan untuk menunaikan haji kelak.
TYT Tun Seri Setia juga menasihatkan agar sentiasa menjaga akhlak dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah sebagai tetamu Allah serta tanamkan sifat syukur, sabar dan ketidakselesaan terutama semasa hari-hari menghadapi lautan manusia sepanjang di tanah suci nanti.
Di akhir ucapan TYT Tun Seri Setia berharap semua jemaah haji dapat menumpukan masa dan tenaga kepada ibadah serta mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci. Kekalkan sikap disiplin yang tinggi dan jadilah jemaah haji contoh untuk dunia islam, seterusnya menjaga nama baik Tabung Haji dan Malaysia.
TYT Tun Seri Setia juga menyeru bakal-bakal haji untuk lebih prihatin, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain dan berdoa agar apa yang dipelajari pada kursus ini nanti akan membantu dalam melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan meraih haji yang mabrur.
Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Read more
  • Published in Uncategorised
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia

Thursday, 02 April 2026 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia
1 April 2026
12 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia
Read more
  • Published in Uncategorised
No Comments

Rakaman detik-detik pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil

Thursday, 19 March 2026 by tytmelaka
Rakaman detik-detik pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil
17 Mac 2026
27 Ramadan 1447H
Rakaman detik-detik pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di surau AGIBS, Bukit Katil.
Majlis ini telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawel, mantan Mufti Negeri Melaka disaksikan oleh YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta jemaah yang hadir.Rakaman detik-detik pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil Rakaman detik-detik pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil
Read more
  • Published in Uncategorised
No Comments

Kunjungan Hormat dari YBhg. Tuan Mejar Jeneral Sani bin S Omar, Panglima Divisyen Ketiga Infantri

Thursday, 26 February 2026 by tytmelaka
Kunjungan Hormat dari YBhg. Tuan Mejar Jeneral Sani bin S Omar, Panglima Divisyen Ketiga Infantri
24 Februari 2026
6 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Tuan Mejar Jeneral Sani bin S Omar, Panglima Divisyen Ketiga Infantri.
Kunjungan Hormat dari YBhg. Tuan Mejar Jeneral Sani bin S Omar, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Kunjungan Hormat dari YBhg. Tuan Mejar Jeneral Sani bin S Omar, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Kunjungan Hormat dari YBhg. Tuan Mejar Jeneral Sani bin S Omar, Panglima Divisyen Ketiga Infantri
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita, Uncategorised
No Comments

Lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia

Thursday, 26 February 2026 by tytmelaka
lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia
10 Februari 2026
22 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia.
Yunus Emre Cultural Center atau Yunus Emre Enstitüsü ialah sebuah pertubuhan milik kerajaan Turkiye yang ditubuhkan pada tahun 2007. Matlamat utamanya adalah untuk mempromosikan bahasa, sejarah, budaya, dan seni Turkiye kepada dunia serta mengeratkan hubungan persahabatan antara Turkiye dengan negara-negara lain.
Nama institusi ini diambil sempena Yunus Emre, seorang penyair dan ahli sufi Anatolia abad ke-13 yang terkenal dengan mesej kemanusiaan, kasih sayang, dan kedamaian sejagat. Falsafah beliau yang memartabatkan nilai kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama menjadi teras kepada setiap aktiviti yang dijalankan oleh institut ini.
Setakat ini, terdapat lebih 93 cawangan di 69 negara di seluruh dunia.
lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti, Uncategorised
No Comments

Menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ)

Wednesday, 23 December 2020 by tytmelaka

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berbesar hati menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) yang diadakan di Kompleks YTPZ.

Read more
  • Published in Uncategorised
No Comments

Recent Posts

  • Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka

    Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka

    12 April 2026 23 Syawal 1447H TYT Tun Seri Seti...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP