Kunjungan daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Nurazree bin Mahmud, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya
Wednesday, 22 April 2026
15 April 2026
26 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Nurazree bin Mahmud, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya serta delegasi daripada UiTM Cawangan Melaka bagi Wawancara sempena 2 Dekad Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Pertemuan Bagi Mendengar Taklimat Penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 22 April 2026
14 April 2026
25 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Melayu Melaka 2026
Wednesday, 22 April 2026
13 April 2026
24 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Melayu Melaka 2026 yang diadakan di Kobemas Hotel Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menghadiri Jamuan Hari Raya dan Pelancaran Sarajevo Business Dialogue 2026 Anjuran Malaysia – Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) yang diadakan di Kuala Lumpur.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka
Monday, 13 April 2026
12 April 2026
23 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.
Majlis turut dihadiri YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 dan YTM Kolonel Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan daripada YBhg. Lt. Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Monday, 13 April 2026
11 April 2026
22 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YBhg. Lt. Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Istana Melaka, Bukut Beruang.

- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin
Monday, 13 April 2026
11 April 2026
22 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap ADUN Pengkalan Batu dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yayasan Toh Puan Zurina.
Kemudiannya pada sebelah petang, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Grand Kaca Wedding Hall di Jalan Autocity, Ayer Keroh serta Rumah Terbuka YBhg. Datuk Wira Radhuana binti Salleh, Pegawai Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ozana Impian, Ayer Keroh.
Manakala pada sebelah malam pula, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka & YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka yang diadakan di Bukit Peringgit, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan
Monday, 13 April 2026
10 April 2026
21 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap ADUN Bukit Katil di Dewan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Duyong di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.
Manakala pada sebelah petang TYT Tun Seri Setia turut menghadiri Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Melaka Tahun 2026 dan Majlis Jamuan Hari Raya 2026 Putra Specialist Hospital Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Hakim, Pengkalan Renggam, Kampung Kandang, Ayer Molek
Monday, 13 April 2026
10 April 2026
21 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Hakim, Pengkalan Renggam, Kampung Kandang, Ayer Molek.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Hajah Zainon binti Kasim di Bukit Katil, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Nurdina Husna binti Ahmad Sazali
Monday, 13 April 2026
10 April 2026
21 Syawal 1447H
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Nurdina Husna binti Ahmad Sazali, anak kepada YBhg. Datuk Haji Ahmad Sazali bin Omar, mantan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka di Masjid Al-Ibadah, Bukit Piatu, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi kenalan-kenalan lama antaranya YBhg. Datuk Nazari Adzim; Haji Md Derus dan Ustaz Haji Abu Bakar.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Monday, 13 April 2026
9 April 2026
20 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jaksa Pendamai Negeri Melaka di Taman Merbok, Bukit Katil, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










