Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf
Saturday, 31 May 2025
31 Mei 2025
3 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf, Mantan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, juga mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia iaitu Cik Amilia & Pasangannya Encik Dzulfikri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga berkenan mencemar duli hadir ke majlis yang sama.
Turut hadir YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor dan YAB Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mendoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semoga Allah selalu melindungi dan memberikan kesembuhan yang terbaik.
- Published in Arkib Berita, Berita
Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam
Friday, 30 May 2025
30 Mei 2025
2 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Setelah selesai solat TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan serta mendengar taklimat Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek.
Antara projek yang dijalankan ialah Projek Pembuatan Kerisik Kampung; Projek pembuatan kaki palsu menggunakan pencetak 3D; Projek pembuatan lilin wangi menggunakan minyak masak terpakai dan Projek Sistem Ternakan Ikan Keli Mudah Alih – Portable Aqua Smart System (PASS).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Puan Siti Zarina binti Mohd Yusof
Friday, 30 May 2025
30 Mei 2025
2 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Puan Siti Zarina binti Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (JPJ) yang baru.
Hadir sama Tuan Zulhilmi bin Zaidie, Ketua Bahagian Penguatkuasa; Tuan Arshad bin Arbi, Ketua Bahagian Pendaftaran dan Encik Khairol bin Yunos, Ketua Unit Komunikasi Korporat.

- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Doa Selamat Keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Doa Selamat sempena keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang akan berangkat bagi menunaikan ibadah Haji di Ujong Pasir, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera)
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), World Youth Foundation (WYF) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Melaka sempena Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang berlangsung di Grand Ballroom, Noble Resort Hotel, Melaka.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU kerjasama PERDASAMA dan Universiti Islam Antarabangsa yang telah disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka
Thursday, 29 May 2025
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Dusit Princess Hotel, Melaka.
Hadir sama PYT Ms. Lada Pumas, Duta Besar Thailand ke Malaysia dan Mr. Gilles Cretallaz, COO of Dusit International Hotels & Resorts.
Dusit Princess Melaka ialah salah satu rangkaian hotel di bawah Dusit International, iaitu sebuah syarikat hospitaliti multinasional Thailand yang berpusat di Bangkok. Dusit International mempunyai rangkaian 57 buah hotel dan resort serta lebih kurang 240 villa di 18 buah negara.
Dusit Princess Melaka ini telah mula beroperasi 7 Disember 2024 dengan jumlah bilik sebanyak 296 buah.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Mengenang Budi Guru Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2
Wednesday, 28 May 2025
28 Mei 2025
30 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Mengenang Budi Guru anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2 yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; Encik Mohd Yusri bin Seman, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Yang Dipertua PIBG SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2.
Majlis turut meraikan guru-guru yang cemerlang dengan penyampaian sijil dan hadiah yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025
Monday, 26 May 2025
26 Mei 2025
28 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Keris Laksamana, Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.
Turut hadir YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim bersama Isteri; YB. Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka; YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan YB. Puan Leng Chau Yen, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
YABhg. Toh Puan turut menyempurnakan penyampaian anugerah kepada 4 ibu yang hebat iaitu Anugerah Ibu Inspirasi, Puan Hajah Zulhijah Binti Hj Abu Zarin; Anugerah Ibu Cekal, Puan Amnah Binti Ibrahim; Anugerah Ibu Usahawan, Puan Faridah Binti Musa; dan Anugerah Ibu Waja, Puan Fairuz Aziha Binti Shamsudin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Encik Mohamad Rafi bin Shahzada
Monday, 26 May 2025
26 Mei 2025
28 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Mohamad Rafi bin Shahzada, Pengerusi MARA Corporation.
Hadir sama Encik Mohd Zaidi bin Mohd Zain, Pegavwai Khas Pengerusi MARA Corp; Encik Edham Reza Shah bin Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp dan Puan Roza Shahnaz bin ti Omar, Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp.

- Published in Arkib Berita, Berita










