ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Menziarahi Empat Orang kru udara Cawangan Udara TLDM Lumut

Monday, 05 January 2026 by tytmelaka
Menziarahi Empat Orang kru udara Cawangan Udara TLDM Lumut
1 Januari 2026
11 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi empat orang kru udara Cawangan Udara TLDM Lumut yang terlibat dalam insiden pendaratan kecemasan semasa menjalankan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Tahun Baharu 2026 di Hospital Melaka.
Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz yang sedang menerima rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) mengalami komplikasi paru-paru akibat kejadian itu namun pegawai tersebut berada dalam keadaan sedar dan stabil dan seorang lagi kru udara Bintara Kanan (BK) Technician Marine Srimala (TMS) Mohammad Zullfika Mohiddi menerima rawatan di zon kuning akibat kecederaan di bahagian pinggang dan betis kanan.
Manakala juruterbang, Leftenan Komander Muhamad Kamal Abdul Rani dan Leftenan Mohammad Faiz Razali pula telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menyantuni pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta menyampaikan sumbangan.
Sebelum itu, TYT Tun Seri Setia menziarahi Encik Hamzah yang sedang menerima rawatan di Pusat Hemodialisis Bukit Katil.
Menziarahi Empat Orang kru udara Cawangan Udara TLDM Lumut Menziarahi Empat Orang kru udara Cawangan Udara TLDM Lumut Menziarahi Empat Orang kru udara Cawangan Udara TLDM Lumut
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh

Monday, 05 January 2026 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
1 Januari 2026
11 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka iaitu Cik Laili Nurlaila binti Ab Rauf dan Pasangannya Encik Muhamad Faiz bin Juhari.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang turut berkenan bercemar duli berangkat hadir.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1; YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 dan YTM Kolonel Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin.
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas

Monday, 05 January 2026 by tytmelaka
Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas
31 Disember 2025
10 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir sekaligus menyempurnakan pelancaran Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas di Encore Melaka.
Moga tahun baharu ini membuka lembaran penuh harapan, kekuatan dan kejayaan buat kita semua.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026
Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka

Monday, 05 January 2026 by tytmelaka
Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka
30 Disember 2025
9 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir je Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Masjid As-Solihin, Paya Rumput.
Turut hadir YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim & Pengurusan Bencana Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, diteruskan dengan bacaan surah Yasin, Doa Selamat yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Kemudiaanya jemaah bersama-sama mengalunkan Zikir Munajat dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.
Semoga Allah menerima segala kebaikan kita sepanjang tahun 2025 serta mengampuni segala dosa kita.
Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia

    Kunjungan Hormat daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia

    1 April 2026 12 Syawal 1447H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP