10 Februari 2026
22 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia.
Yunus Emre Cultural Center atau Yunus Emre Enstitüsü ialah sebuah pertubuhan milik kerajaan Turkiye yang ditubuhkan pada tahun 2007. Matlamat utamanya adalah untuk mempromosikan bahasa, sejarah, budaya, dan seni Turkiye kepada dunia serta mengeratkan hubungan persahabatan antara Turkiye dengan negara-negara lain.
Nama institusi ini diambil sempena Yunus Emre, seorang penyair dan ahli sufi Anatolia abad ke-13 yang terkenal dengan mesej kemanusiaan, kasih sayang, dan kedamaian sejagat. Falsafah beliau yang memartabatkan nilai kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama menjadi teras kepada setiap aktiviti yang dijalankan oleh institut ini.
Setakat ini, terdapat lebih 93 cawangan di 69 negara di seluruh dunia.




