17 Mac 2026
27 Ramadan 1447H
Rakaman detik-detik pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di surau AGIBS, Bukit Katil.
Majlis ini telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawel, mantan Mufti Negeri Melaka disaksikan oleh YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta jemaah yang hadir.





