ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Jamuan Makan Malam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia

Monday, 21 August 2023 by tytmelaka
Malam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia
19 Ogos 2023
2 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Penasihat Seumur Hidup PESAKA hadir ke Majlis Jamuan Makan Malam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia bersempena Persidangan Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Ke-20 Tahun 2022 di Grand Swiss-BelHotel, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Presiden PESAKA Malaysia serta ahli-ahli PESAKA.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pelepasan Program Kembara Merdeka Seri Setia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka

Monday, 21 August 2023 by tytmelaka
Pelepasan Program Kembara Merdeka Seri Setia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka
19 Ogos 2023
2 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Pelepasan Program Kembara Merdeka Seri Setia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, barisan EXCO dan ADUN Negeri Melaka serta YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB), mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan turut melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka mengetuai peserta konvoi seramai 447 orang yang akan menjelajah daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah sebelum tamat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka sejauh 259.7km.
Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat kita untuk menyambut Hari Kebangsaan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Bukit Lintang

Monday, 21 August 2023 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Bukit Lintang
18 Ogos 2023
1 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Bukit Lintang, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran anak perempuan YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin

Friday, 18 August 2023 by tytmelaka
17 Ogos 2023
30 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Aqiqah dan Kesyukuran anak perempuan YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana di Paya Rumput, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Wira Haji Ab Karim Sulaiman.

Friday, 18 August 2023 by tytmelaka
16 Ogos 2023
29 Muharam 1445H
‎انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Salam takziah buat ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Wira Haji Ab Karim Sulaiman.
TYT Tun Seri Setia memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Ab Karim di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah. TYT Tun Seri Setia turut mengikuti Solat Jenazah serta pengebumian Allahyarham.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh

Friday, 18 August 2023 by tytmelaka
16 Ogos 2023
29 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Solat Jumaat di Masjid An-Nasuha, Kampung Rumbia

Monday, 14 August 2023 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid An-Nasuha, Kampung Rumbia
11 Ogos 2023
24 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nasuha, Kampung Rumbia, Alor Gajah, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan bersama YB. Datuk Rahmad Mariman dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil serta Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim

Wednesday, 09 August 2023 by tytmelaka
Perjumpaan bersama YB. Datuk Rahmad Mariman
8 Ogos 2023
21 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka serta Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Turut hadir Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Sri Mohd Nizom bin Sairi, Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Wednesday, 09 August 2023 by tytmelaka
Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Sri Mohd Nizom bin Sairi, Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
8 Ogos 2023
21 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Sri Mohd Nizom bin Sairi, Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Turut hadir Encik Mohd Shahriz bin Ramli, Pengarah LHDNM Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Makan Malam Perpisahan TYT Khalid Ghanim Al Ghaith, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia di Kuala Lumpur

Monday, 07 August 2023 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Perpisahan TYT Khalid Ghanim Al Ghaith, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia di Kuala Lumpur
6 Ogos 2023
19 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam Perpisahan TYT Khalid Ghanim Al Ghaith, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia di Kuala Lumpur.
Turut hadir sama antaranya YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kerabat Diraja Pahang; TYT Rashad Farooq Mohamad Saleh Al Shaikh, Duta Bahrain ke Malaysia dan TYT Mohamed Sadiq Attia, Duta Libya ke Malaysia.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 100
  • 101
  • 102
  • 103
  • 104

Recent Posts

  • penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    5 Mei 2026 17 Zulkaedah 1447H TYT Tun Seri Seti...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP