Kunjungan Hormat daripada KPE, Mitsubishi Corporation Malaysia & Pengarah Urusan Kewpie Malaysia Sdn Bhd
Wednesday, 09 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mr Masashi Shiraishi, Ketua Pegawai Eksekutif, Mitsubishi Corporation Malaysia dan Mr Atsushi Miyata, Pengarah Urusan Kewpie Malaysia Sdn Bhd
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Encik Samat bin Tamin
Wednesday, 09 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perkahwinan anak perempuan Encik Samat bin Tamin iaitu Cik Nuraniza binti Samat & pasangannya Encik Mohamad Maizan bin Abd Majid di Bukit Katil Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka
Tuesday, 08 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang terletak di Bukit Katil, Melaka.
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan termasuk YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sesi Tinjauan Udara Sekitar Negeri Melaka
Monday, 07 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka dan YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) membuat tinjauan udara sekitar Negeri Melaka dengan menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Turut serta dalam tinjauan ini ialah YB. Datuk Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Merasmikan dan Menyampaikan Anugerah Diploma Sempena Istiadat Konvokesyen Ke-19 PMM
Sunday, 06 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi Merasmikan dan Menyampaikan Anugerah Diploma Sidang Pertama Sempena Istiadat Konvokesyen Ke-19 Politeknik Merlimau (PMM), Merlimau, Melaka.
Pada sesi ini TYT Tun Seri Setia menyampaikan Anugerah Khas kepada pelajar-pelajar cemerlang dan Anugerah Diploma bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Senibina serta Anugerah Khas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi USM
Saturday, 05 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sesi Taklimat berkaitan Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Adek, Pengerusi LGU dan Prof. Dato Faisal Rafiq, Naib Canselor USM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid An-Najwan, Kampung Pegoh, Alor Gajah
Friday, 04 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Najwan, Kampung Pegoh, Alor Gajah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Istana Melaka
Thursday, 03 February 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Istana Melaka bersama pelajar-pelajar Tahfiz dari Sekolah Pondok dan Tahfiz Tuan Guru Haji Husin, Umbai, Merlimau, Melaka.
Turut hadir Pertubuhan Perkumpulan Wanita Negeri Melaka (WI) Daerah Jasin dan kenalan-kenalan lama TYT Tun Seri Setia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina dianjurkan oleh YBrs. Dr Williams Hau Wuei Huang
Wednesday, 02 February 2022
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman , hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh YBrs. Dr Williams Hau Wuei Huang dan keluarga di kediamannya di Jalan Ujong Pasir, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Lintang
Wednesday, 02 February 2022
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, mengunjungi kediaman Encik Lau Ah Kew bagi menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Lintang, Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










