ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M

Thursday, 04 September 2025 by tytmelaka
Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M
03 September 2025
10 Rabiulawal 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M di Masjid Al-Alami MITC, Melaka.
Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan diteruskan dengan Ceramah Perdana bertajuk “Meneledani Keluarga Nabi Muhammad S.A.W” oleh Ustazah Nadzirah Binti Abu Bakar.
Turut hadir YBhg. Datin Wira Seri Wangi, isteri EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka serta Puan Fatihah Binti Abdul Aziz, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa

Wednesday, 03 September 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa
2 September 2025
9 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Berhad Bagi Penyerahan Cek Cura Pembayaran Zakat Perniagaan FGV Holdings Berhad Bersama Pusat Zakat Melaka.Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Temasya Warisan Pahang

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Temasya Warisan Pahang
1 September 2025
8 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Temasya Warisan Pahang yang diadakan di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pekan, Pahang atas persilaan daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang turut berkenan mencemar duli hadir sama.
Turut berkenan hadir Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Temasya ini meliputi pelbagai aktiviti seperti bengkel kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, pameran kraf, demonstrasi makanan warisan, tarian warisan.Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Temasya Warisan Pahang Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Temasya Warisan Pahang Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Temasya Warisan Pahang
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang
31 Ogos 2025
6 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang yang diadakan di Muzium Maritim Pulau Beram, Pekan, Pahang.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Turut berkenan hadir Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang.
Temasya Warisan Pahang akan berlangsung bermula 1 hingga 7 September 2025 di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Temasya bertaraf antarabangsa ini meliputi pelbagai aktiviti seperti bengkel kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, pameran kraf, demonstrasi makanan warisan, tarian warisan serta pertandingan Piala Tunku Azizah – Pertandingan Tenun Pahang Diraja.
Turut berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tenun Pahang Diraja Piala Tunku Azizah.Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka
31 Ogos 2025
6 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka.
Kira-kira 7,780 peserta mewakili pasukan yang telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, meliputi wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah seluruh Negeri Melaka termasuk kelab, persatuan dan NGO
Turut menyertai perarakan ialah kenderaan-kenderaan pelbagai agensi antaranya aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pada tahun ini turut diadakan flypast aset-aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang terdiri dari pesawat-pesawat pejuang dan pesawat angkut Tentera Udara DiRaja Malaysia. Flypast pertama merupakan pesawat jenis Sukhoi 30MKM dan diketuai sendiri oleh Yang Berbahagia Jeneral Dato Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, yang merupakan Panglima Tentera Udara Yang ke-21.
Walaupun cuaca hujan pada sebelah pagi sebelum bermulanya majlis, ianya tidak mematahkan semangat peserta perbarisan termasuk ribuan rakyat Melaka yang telah hadir ke tapak majlis seawal jam 6.00 pagi, bagi menunjukkan semangat patriotik mereka serta kecintaan kepada Negara demi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 ini.Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura
30 Ogos 2025
5 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura yang berlangsung di Stamford Road, Singapura.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Madam Halimah Yacob, Mantan Presiden Republik Singapura.Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau
29 Ogos 2025
5 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi kenalan lama iaitu Encik Saaban yang sedang uzur dia kediamannya di Kampung Ayer Tawar.Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca
28 Ogos 2025
4 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca secara online anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Kelas pengajian anjuran DMDI dan kerjasama bersama Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah ini bertujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi di Seantero Dunia. Perasmian ini turut dihadiri oleh Anggota DMDI dari luar negara antaranya Indonesia, Singapura, Mauritius, Maldives, United Kingdom, Afrika Selatan, Kemboja, Australia, Philippines dan Brunei.
Bahasa Melayu ialah Bahasa Melayu-Polesia daripada rumpun bahasa Austronesia sejak abad ke-7 zaman kerajaan Srivijaya dan terus berkembang dizaman Kesultanan Melayu Melaka, Acheh dan Johor Riau hingga ke hari ini melibatkan seramai 300 juta orang dan menjadikan salah satu bahasa paling popular di dunia dan bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan sebahagian kecil Thailand, Filipina dan Vietnam dan tersenarai 10 bahasa paling sering dígunakan di dunia dan terletak diangka no.6 selepas bahasa Mandrin, Inggeris, Hindi, Sepanyol dan Arab.
Semoga program ini dapat memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Melayu ke seantero dunia secara global menerusi ‘on-line’ yang amat signifikan sekali dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan yang melibatkan guru-guru pakar Bahasa Melayu yang telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan akan dilaksanakan setiap hari sabtu jam 4 petang dan waktu ini yang amat bersesuaian untuk semua Negara mengikutinya terutama 23 buah Negara DMDI.Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

Wednesday, 27 August 2025 by tytmelaka
perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa
26 Ogos 2025
2 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa, Setiausaha Agong Muslim World League (MWL).perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

Tuesday, 26 August 2025 by tytmelaka
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka
25 Ogos 2025
1 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bagi menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi sesi kedua dan sesi ketiga sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka.Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35

Recent Posts

  • penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    5 Mei 2026 17 Zulkaedah 1447H TYT Tun Seri Seti...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP