ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia
14 Julai 2025
18 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YBrs. Puan Arleen Binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil); YBrs. Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah); Puan Rosedalliyaty Binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi & Nasihat Syariah; Tuan Muhammad Qaiyyum Bin Ramlan, Pengarah Bahagian Pengantaraan Syariah dan Puan Siti Salwa Binti Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi serta Hal Ehwal Agama dan YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi membentangkan cadangan Program TVET Selam Scuba kerjasama antara JAIM dengan Maahad Sains Al-Quran Al-Amin (MASAA) yang bertempat di Maahad Tahfiz Bistari JAIM, Pulau Besar, Melaka.
Turut hadir sama YBrs. Encik Shaifulfazlee Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka; Encik Ikram Bin Rosli, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan JAIM; Encik Abd. Kadir Bin Husin, Pengetua Maahad Tahfiz Bistari (JAIM), Pulau Besar dan Ustaz Muhamad Bin Abdullah, Pengetua Maahad Sains Al Quran Al Amin.Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka
12 Julai 2025
16 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka
Turut hadir Ms Chamari Rodrigo, Director General Southeast Asia & Central Asia Division Ministry of Foreign Affairs and ARF SOM Leader dan M.I Mohamed Rizvi, Acting High Commissioner High Commission of Sri Lanka in Malaysia.Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Vijitha Herath, Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment & Tourism of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka
12 Julai 2025
16 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka yang diadakan di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia serta 150 kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya jogging bersama semua peserta sekitar Taman Botanikal.Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak, Duta Besar Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Perutusan Tetap Malaysia ke Kesatuan Eropah.Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak Kunjungan Hormat daripada TYT Dato’ Mohd Khalid Abassi bin Abdul Razak
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka Beri Penghormatan Terakhir dan Ziarah Pesakit di Hospital Melaka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Majlis Pengebumian Cikgu Saleh
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahim, Kg Tengah Padang, Merlimau, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan solat jenazah dan hadir ke majlis pengebumian bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Cikgu Saleh bin Lempah iaitu bapa kepada YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Usai selesai di masjid, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi Encik Awal bin Bugal yang sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Melaka.
Manakala pada sebelah pagi TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Jamaat bin Hitam di kediamannya di Bukit Katil, Melaka.Majlis Pengebumian Cikgu Saleh Majlis Pengebumian Cikgu Saleh
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kunjungan Hormat ini bertujuan adalah bagi mempersembahkan satu taklimat rasmi berhubung pelaksanaan dan hala tuju agenda reformasi institusi yang sedang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM). Sesi taklimat ini juga untuk menyatakan komitmen, hala tuju dan kemajuan reformasi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI demi memperkukuh institusi-institusi negara berteraskan prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan keadilan yang menyeluruh.
YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) turut membuat penyerahan Sijil Pemerbadanan Penubuhan Yayasan Tuan Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Roslan bin Ahmad, Pemegang Amanah Yayasan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka; YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang; YBrs. Tuan Thiyagu Ganesan, Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang); YBrs. Dr. Punitha Silivarajoo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan.Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia
9 Julai 2025
13 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, Melaka.
Dalam lawatan ini, TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan ucapan bagi memberi semangat kepada semua 135 atlet yang menyertai. Dalam ucapan tersebut TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta Program Akademi Karate Malaysia yang menyertai kerana telah membuktikan bahawa semangat untuk berjaya masih membara dalam diri generasi muda.
TYT Tun Seri Setia turut mengingatkan kejayaan tidak datang dari bakatsemata-mata, tetapi dari disiplin, semangat yang kental dan kepercayaan pada diri sendiri serta jangan sesekali gentar dengan cabaran, kerana setiap halangan yang dihadapi adalah batu loncatan untuk menjadi lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersedia untuk menempah nama di persada antarabangsa.
Semasa ucapan penutup TYT Tun Seri Setia menyeru agar jadilah atlet yang bukan hanya kuat pukulannya, tetapi luhur akhlaknya, jadilah pejuang yang bukan hanya mengejar kemenangan, tetap juga menjaga maruah sukan dan negara serta berharap semoga Program Akademi Karate Malaysia ini menjadi batu asas kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Lawatan ini turut dihadiri YBhg. Datuk Wira Haji Nur Azmi Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF); YBhg. Datuk M Paneerselvam, Naib Presiden 1 MAKAF; Encik Hanshi Shamsudin Sheikh Ali Sayabo, Naib Presiden 3 MAKAF merangkap Timbalan Presiden Akademi Persekutuan Karate Malaysia Negeri Sembilan; Mr. Renshi Wrickrama Suriya, Naib Presiden 5 MAKAF; Mr. Shihan Alexander Arlanthu, Exco dan Pengerusi Bakat Persekutuan Karate Malaysia; YBrs. Encik Mohamad Nizam bin Abu Talib, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan; YBrs. Encik Muhammad Fakrurrazzi bin Basrah, Pengurus Sukan Karate Cawangan Bakat MSN dan YDH. ASP Mohd Fuad bin Ali, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Daerah Jasin.Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
9 Julai 2025
13 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Speaker Devwan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Haji Rais Bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YBrs. Encik Yao Lien Ti, Presiden Yeashin International Development Co. Ltd; YBrs. Encik Simon Tan, Pengurus Besar Birkin International Hotel; YBrs. Encik Chiu Chih-wei, Ahli Perundangan Yuan, Taiwan dan YBrs. Encik Chen Mingyi, Ahli Majlis Perbandaran New Taipei.Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka. Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka. Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka
08 Julai 2025
12 Muharram 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman selaku Pengerusi Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) telah hadir ke Program Seminar “Wanita Anggun : Penggayaan pakaian & Berkomunikasi” yang diadakan di Swiss Garden Hotel, Melaka.
Program seminar anjuran Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Utama Datin Wira Zuriyah binti Abd Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada kaum wanita berhubung kepentingan menjaga keterampilan diri, penggayaan pakaian & perhiasan yang sesuai dalam persekitaran yang tertentu, serta cara berkomukasi yang lebih baik bagi meningkatkan keyakinan wanita dalam kehidupan sosial seharian. Ceramah disampaikan oleh pakar perunding imej CUTECARRY, Encik Hafiz Mustapha.
Turut hadir YB. Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka; Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI); Pertubuhan Perkumpulan perempuan (WI); Persatuan Keluarga Polis (PERKEP dan Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS).YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Diberi Taklimat Terkini Kerajaan Negeri oleh Ketua Menteri Melaka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
7 Julai 2025
11 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Diberi Taklimat Terkini Kerajaan Negeri oleh Ketua Menteri Melaka TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Diberi Taklimat Terkini Kerajaan Negeri oleh Ketua Menteri Melaka
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41

Recent Posts

  • penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    5 Mei 2026 17 Zulkaedah 1447H TYT Tun Seri Seti...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP