ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim bagi Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Thursday, 17 April 2025 by tytmelaka
17 April 2025
18 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis yang akan berlangsung malam ini di Istana Arau, Perlis.
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim bagi Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 2 Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim bagi Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 3 Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim bagi Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato’ Azhar Arshad

Thursday, 17 April 2025 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato' Azhar Arshad 1
17 April 2025
18 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Melaka.
Turut hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato' Azhar Arshad 4 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato' Azhar Arshad 3 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato' Azhar Arshad 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh

Wednesday, 16 April 2025 by tytmelaka
54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh 1
16 April 2025
17 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke 54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh yang diadakan di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB.Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta TYT Mr. Md. Shameem Ahsan, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia.
54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh 4 54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh 3 54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali

Wednesday, 16 April 2025 by tytmelaka
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali 1
16 April 2025
17 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali, Mantan Ketua Polis Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menziarahi pesakit-pesakit lain diiringi oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan mendoakan agar segera peroleh kesembuhan serta dipermudahkan semua urusan.
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali 2 Menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali 3 Menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025

Tuesday, 15 April 2025 by tytmelaka
Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 3
15 April 2025
16 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 yang diadakan di Masjid Al-Aminin, Klebang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga; Sekolah Rendah Arab (JAIM), Batang Tiga dan Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah serta sumbangan duit raya kepada Anak-Anak Tahfiz Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah.
Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 1 Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 2 Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Pengebumian Negara bagi Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tuesday, 15 April 2025 by tytmelaka
Istiadat Pengebumian Negara bagi Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1
15 April 2025
16 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Pengebumian Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkesempatan menyampaikan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah serta ahli keluarga Allahyarham.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir hari ini TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang; TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah; YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri Malaysia, mantan Perdana Menteri termasuk menteri-menteri kabinet dan agensi-agensi kerajaan serta ribuan rakyat Malaysia.
Istiadat Pengebumian Negara bagi Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 2 Istiadat Pengebumian Negara bagi Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 3 Istiadat Pengebumian Negara bagi Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

Monday, 14 April 2025 by tytmelaka
Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka 2
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka.
Hadir sama Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin.
Sejurus tiba TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat gerai-gerai yang telah disediakan oleh kakitangan bomba dari seluruh negeri Melaka serta beramah mesra bersama hadirin dan kemudiaannya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka 1 Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka 4 Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi

Monday, 14 April 2025 by tytmelaka
Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi
Innalillahiwainnailaihiroji’un
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menempatkannya bersama-sama orang yang soleh.
Pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar buat negara. Segala jasa dan sumbangan Allahyarham akan dikenang sepanjang hayat.
Kepada keluarga Allahyarham, saya seisi keluarga mengucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi ketentuan ini.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Taklimat dan Penerangan Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka

Monday, 14 April 2025 by tytmelaka
Taklimat dan Penerangan Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka 1
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat dan penerangan berkenaan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Taklimat dan Penerangan Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka 2
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad

Monday, 14 April 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad 1
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka yang baharu.
Turut hadir YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta PgKB II R Saiful Iswandy bin R Hassan, Timbalan Pengarah Bomba Negeri Melaka.
Kunjungan Hormat daripada YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad 3 Kunjungan Hormat daripada YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad 2 Kunjungan Hormat daripada YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad 4
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51

Recent Posts

  • penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Saredah binti Sayoki, mantan Bilal Perempuan Kariah Bukit Katil

    5 Mei 2026 17 Zulkaedah 1447H TYT Tun Seri Seti...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP