Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka
Thursday, 05 March 2026
27 Februari 2026
9 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada masjid dan kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Ainussyukriyyah.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang merupakan Setiausaha Politik semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Encik Fauzi Abu Bakar serta YBhg. Datuk Haji Yunus bin Hitam yang sedang menerima rawatan di Hospital Putra.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Fardhu Isyak dan Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil
Thursday, 05 March 2026
26 Februari 2026
8 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Baba bin Husin yang telah kembali ke Rahmatullah di kediamannya di Kampung Baru, Bukit Katil.
TYT Tun Seri Setia turut bersama membaca yasin di kediaman Allahyarham dan menunaikan Solat Jenazah di Masjid Lama Bukit Bayan serta berkesempatan melihat pengebumian Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham Haji Baba bin Husin dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Piala Malaysia antara Melaka FC melawan JDT FC
Thursday, 05 March 2026
25 Februari 2026
7 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan saingan Piala Malaysia antara Melaka FC melawan JDT FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Keputusan perlawanan menyaksikan Melaka FC tewas kepada JDT FC dengan tiga gol berbalas satu.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang
Thursday, 26 February 2026
25 Februari 2026
7 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kemudiannya majlis turut diteruskan dengan Solat Isyak dan Tarawih bersama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan serta diakhiri dengan moreh.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Ihya’ Ramadan 1447H Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka
Thursday, 26 February 2026
24 Februari 2026
6 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Program Ihya’ Ramadan 1447H Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat, Cheng, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; YB Datuk Haji Zulkifli bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YS PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Bakul Ramadan, sumbangan kepada pelajar tahfiz dan penyampaian Hadiah Pertandingan Skuad Bomba.
Selepas berbuka puasa, TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Maghrib bersama hadirin di Balai Bomba dan Penyelamat, Cheng.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat lsyak dan Solat Terawih di Masjid Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A, Taman Cheng Perdana serta menyampaikan sumbangan kepada masjid dan moreh bersama jemaah yang hadir.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Ramadan anjuran Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD)
Thursday, 26 February 2026
24 Februari 2026
6 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Ramadan anjuran Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD) yang diadakan di perkarangan Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih bersama ahli kariah Masjid dan Surau yang ada disekitar Istana Melaka
Thursday, 26 February 2026
23 Februari 2026
5 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih bersama ahli kariah Masjid dan Surau yang ada disekitar Istana Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi KPL Mohammad Farhan bin Zainal, Polis Pengiring Bermotosikal dan L/KPL Masrin Juaris, Pengiring Rapat kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Thursday, 26 February 2026
23 Februari 2026
5 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi KPL Mohammad Farhan bin Zainal, Polis Pengiring Bermotosikal dan L/KPL Masrin Juaris, Pengiring Rapat kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah terlibat dalam kemalangan di kediaman mereka di Tehel, Jasin dan di Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh.
Kemudian TYT Tun Seri Setia menziarahi Encik Ali bin Mohamed dan Encik Mohd Suhaimy bin Husin yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta berkesempatan menyantuni pesakit-pesakit lain yang sedang menerima rawatan.
Semasa perjalanan keluar daripada hospital, TYT Tun Seri Setia kebetulan bertemu dengan YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang baru selesai menjalani rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia menucapkan terima kasih kepada Doktor, Jururawat serta kakitangan hospital yang telah bekerja merawat pesakit-pesakit dengan baiknya.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan kepada semua pesakit agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala agar dapat pulang ke pangkuan keluarga.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Thursday, 26 February 2026
22 Februari 2026
4 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan mendengar tazkirah Ramadan dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta bermoreh bersama ahli kariah.
TYT Tun Seri Setia turut membayar zakat fitrah bagi tahun ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Melawat proses pembinaan rumah yang akan menempatkan 6 adik beradik yang Orang Kurang Upaya (OKU)
Thursday, 26 February 2026
22 Februari 2026
4 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa melawat proses pembinaan rumah yang akan menempatkan 6 adik beradik yang Orang Kurang Upaya (OKU) ekoran daripada ziarah kasih yang diadakan pada 10 Februari yang lalu di Bukut Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Madrasah Pengkalan Rama Pantai bagi melihat orang-orang kampung di situ memasak bubur lambuk.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










