Menghadiri Mesyuarat Yayasan Canselor UTeM 1/2022
Tuesday, 25 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Yayasan Canselor UTeM 1/2022 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka.
Antara Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM yang hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Seri Jamil bin Salleh (Pengerusi), Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib dan Encik Azrul bin Aziz. Mesyuarat turut dihadiri Prof. Ir. Dr. Ghazali bin Omar (menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UTeM), Prof. Dr. Zulkiflie bin Ibrahim (Timbalan Naib Canselor – Akademik & Antarabangsa), YBhg. Datuk Azhar bin Mohamed (Penasihat Undang-Undang) dan Encik Masdzarif Bin Mahat (Ketua Pegawai Operasi).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Taklimat Sinergi UGM – KADMDI
Tuesday, 25 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi mendengar Taklimat Sinergi Universiti Geomatika Malaysia (UGM) – Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) Melaka di Bilik Mesyuarat Utama, UGM-KADMDI Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
TYT Tun Seri Setia juga turut melawat tapak pembinaan dan kerja-kerja persiapan kawasan di sekeliling bangunan
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Daripada Ketua Pengarah JPJ Malaysia
Monday, 24 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato Zailani Hj Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Turut hadir YBrs Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Bersama APM, JKM, & DMDI
Monday, 24 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka serta Encik Burhanuddin bin Bachik, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Wira Zainal bin Hussin, Pengurus Besar Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah YBhg. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Kerja Ke Kilang Megavision Focus Sdn. Bhd.
Thursday, 20 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan kerja ke Kilang Megavision Focus Sdn. Bhd. yang diiringi oleh Encik Lee Sir, Pengarah Urusan dan Encik Sam Lee, Pengurus Besar syarikat.
Turut hadir Encik Lau Ah Kew, Penasihat Syarikat dan YBrs Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat Mingguan Penerangan & Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka
Tuesday, 18 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Bersama Penasihat Undang-Undang UTeM
Tuesday, 18 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengadakan perjumpaan bagi mendengar taklimat berkaitan Kelulusan Statut-Statut UTeM oleh YBhg. Datuk Azhar bin Mohamed, Penasihat Undang-Undang UTeM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat ADUN Ayer Limau
Tuesday, 18 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan
Monday, 17 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat PYT Amna Baloch, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia.
Selepas perjumpaan TYT Tun Seri Setia sempat membawa PYT dan rombongan melawat kawasan Taman Seribu Bunga dan makan tengahari di Restoran Mohd Chan by The Garden.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat BERNAMA, Astro Awani, PPK & ISWAMI
Monday, 17 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan YBhg. Datuk Mokhtar Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Encik Ashwad Ismail (Ketua Pengarang Astro Awani), Encik Roslan Ariffin (Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (PPK)) dan YBhg. Datuk Zakaria Abdul Wahab serta Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










