Majlis Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Kunjungan YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama CEO UDA Holdings Berhad di Istana Melaka pada 19 September 2021 (Ahad)
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pembukaan Sidang Pertama, Penggal Keempat, DUN Melaka
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka akan merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka yang Keempat Belas pada hari Isnin ini bersamaan 20 September 2021.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertandingan Akhir Pertandingan Pidato Rukun Negara
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Pertandingan Akhir Pertandingan Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan dan Kestabilan Rakyat Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka secara maya bersama YB Datuk Wira Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna serta YB Datuk Noor Effandi bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Di Jabatan Ketua Menteri Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains Inovasi dan Datuk Prof. Dr. Hj. Baharudin bin Hj. Puteh
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Upacara Menandatangani Tujuh Memorandum Persefahaman
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat Mingguan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
TYT Tun Seri Setia Melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali, Bukit Katil.
TYT Tun Seri Setia diiringi YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Kesihatan dan Antidadah Negeri dan YBhg. Datuk Dr. Ismail Ali, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pelancaran Buletin Istana Melaka Sempena 1 Tahun Pelantikan
Hari ini, 4 Jun 2021, genap 1 tahun pelantikan TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Bersempena dengan ulangtahun pertama pelantikan TYT Tun Seri Setia, Istana Melaka melancarkan penerbitan pertama Buletin Istana Melaka. Buletin yang akan diterbitkan setiap suku tahun ini, akan memaparkan maklumat aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka sebagai satu madah perkongsian kepada semua pihak.
Buletin Istana Melaka ini juga berperanan sebagai satu medium bagi mendekatkan institusi tertinggi negeri Melaka kepada rakyat Melaka khususnya dan negara amnya. Semoga dengan penerbitan Buletin ini, rakyat dapat menyoroti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sepanjang tahun.
Semua pihak boleh mendapatkan sesalinan Buletin Istana Melaka ini dengan memuat turun melalui capaian sesawang di bawah:
https://drive.google.com/file/d/1nvW778a6vUrawQ95-SaVeM0xmLuSMgiL/view?fbclid=IwAR1DlFL-2H8hEhCxkrTpXniVMwc_g7wfy6GW1Coa80JWgomW9RwYP_0w6JM
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat Mingguan Penerangan & Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Seri Dr. Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rakaman Perutusan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka membuat Rakaman Perutusan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka. Turut hadir sama Encik Mohd Yusni bin Mohamed Ali, Pengarah RTM Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










