ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka

Wednesday, 29 October 2025 by tytmelaka
Taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
28 Oktober 2025
6 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka Taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Sesi Pembentangan Laporan Majlis Konvokesyen Ke-21 UTeM

Tuesday, 28 October 2025 by tytmelaka
Sesi Pembentangan Laporan Majlis Konvokesyen Ke-21 UTeM
27 Oktober 2025
5 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir bagi Sesi Pembentangan Laporan Majlis Konvokesyen Ke-21 UTeM oleh YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM beserta pengurusan universiti.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menerima Kunjungan Hormat daripada Puan Ruzaihah Abdullah, Pengarah CIDB Melaka serta Kunjungan Hormat daripada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah, Pengerusi Eksekutif Ahli Lembaga Pengarah MAHSA Sdn. Bhd.Sesi Pembentangan Laporan Majlis Konvokesyen Ke-21 UTeM Sesi Pembentangan Laporan Majlis Konvokesyen Ke-21 UTeM Sesi Pembentangan Laporan Majlis Konvokesyen Ke-21 UTeM
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Majlis Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-23

Monday, 27 October 2025 by tytmelaka
Perasmian Majlis Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-23
24 Oktober 2025
2 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Perasmian Majlis Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-23 yang diadakan di Jakarta, Indonesia.
Majlis Perasmian ini telah di sempurnakan oleh YDH. Bapak H. Ahmad Muzani, Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat Republik Indonesia.Perasmian Majlis Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-23 Perasmian Majlis Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-23 Perasmian Majlis Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-23
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis ASEAN Records Gala Night 2025

Friday, 24 October 2025 by tytmelaka
Majlis ASEAN Records Gala Night 2025
22 Oktober 2025
30 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis ASEAN Records Gala Night 2025 di Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada TYT Tun Seri Setia kerana telah diberikan pengiktirafan tersenarai dalam ASEAN Records sebagai Yang di-Pertua Negeri pertama menerima Anugerah Tokoh Sukan Negara pada 13 Mei 2025 yang telah disampaikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Majlis ASEAN Records Gala Night 2025 Majlis ASEAN Records Gala Night 2025 Majlis ASEAN Records Gala Night 2025
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke International Aero Training Academy (IATAC)

Friday, 24 October 2025 by tytmelaka
Lawatan ke International Aero Training Academy (IATAC)
22 Oktober 2025
30 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke International Aero Training Academy (IATAC) di Batu Berendam, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut merasai pengalaman penerbangan selama 45 minit yang melalui Pulau Besar, Masjid Selat Melaka, Menara Taming Sari, Koridor Sungai Melaka, Jonker Street dan Dutch Square.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia diberikan taklimat dan pengenalan Akademi serta lawatan ke Fasiliti International Aero Training Academy antaranya simulator dan bilik latihan.Lawatan ke International Aero Training Academy (IATAC) Lawatan ke International Aero Training Academy (IATAC) Lawatan ke International Aero Training Academy (IATAC)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Tuesday, 21 October 2025 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
19 Oktober 2025
26 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir meraikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir YB Tuan Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri dan YB. Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkunjung ke rumah terbuka Deepavali Encik Boovenswaran Munusamy, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkunjung ke rumah terbuka Deepavali YBhg. Datuk R. Perumal, Mantan Exco Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia serta En Anbananthan Ayasamy dan Mr. Raja.Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Santunan Kasih Isteri Menteri – Menteri Agama

Tuesday, 21 October 2025 by tytmelaka
Majlis Santunan Kasih Isteri Menteri - Menteri Agama
19 Oktober 2025
26 Rabiulakhir 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Santunan Kasih Isteri Menteri – Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia & Republik Singapura (MABIMS) bersama Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil, Melaka.
Turut hadir YBhg. Datin Setia Nik Roslini Binti Raja Ismail, isteri YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ); YBhg. Datin Wira Nik Zulhasra Binti Mohd Zain, isteri YB Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBhg. Datin Hajah Erni Aidilia Binti Dato’ Karim, isteri YB EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Melaka; YBhg. Datin Zaini Binti Lasim, isteri YB EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan YBhg. Puan Sri Zabedah Binti Abdullah, Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Melaka.Majlis Santunan Kasih Isteri Menteri - Menteri Agama Majlis Santunan Kasih Isteri Menteri - Menteri Agama Majlis Santunan Kasih Isteri Menteri - Menteri Agama
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

ASEAN Arts and Crafts Bazaar (AACB)

Tuesday, 21 October 2025 by tytmelaka
18 Oktober 2025
25 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka melawat ASEAN Arts and Crafts Bazaar (AACB) anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Datuk ‘Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Turut hadir melawat TYT Karomidin Gadoev, Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia.ASEAN Arts and Crafts Bazaar (AACB) ASEAN Arts and Crafts Bazaar (AACB) ASEAN Arts and Crafts Bazaar (AACB)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat bersama Delegasi Menteri-Menteri Agama

Tuesday, 21 October 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat bersama Delegasi Menteri-Menteri Agama
17 Oktober 2025
24 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat bersama Delegasi Menteri-Menteri Agama daripada Repulik Singapura, Negara Brunei Darussalam, dan Negara Kemboja.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).Solat Jumaat bersama Delegasi Menteri-Menteri Agama Solat Jumaat bersama Delegasi Menteri-Menteri Agama Solat Jumaat bersama Delegasi Menteri-Menteri Agama
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau

Friday, 17 October 2025 by tytmelaka
Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau
16 Oktober 2025
23 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau yang diadakan di MITC, Ayer Keroh.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Okhna Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Menjaga Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja; YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Forum Perdana Ehwal Islam Serantau ini telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia; YBrs. Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura; Yang Terhormat Bapak Prof. Dr. H. Phil. Kamaruddin Amin, Sekretaris Jenderal Kementerian Agama Republik Indonesia serta Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20

Recent Posts

  • Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    18 Mac 2026 28 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP