Santapan Pagi Bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Friday, 23 May 2025
23 Mei 2025
25 Zulkaedah 1446H
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan hadir ke santapan pagi bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melawat KRI Bung Karno di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
TYT Tun Seri Setia diberikan tabik hormat setibanya di KRI Bung Karno oleh Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut sebelum diberikan penerangan dan dibawa mengelilingi kapal.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Demonstrasi Maritim Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25)
Thursday, 22 May 2025
22 Mei 2025
24 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan Demonstrasi Maritim yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
Hadir sama TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah serta YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Selesai demonstrasi TYT Tun Seri Setia melawat Kapal Selama KD Tunku Abdul Rahman milik Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyaksikan Pertunjukan Udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman turut berkenan mencemar duli menyaksikan pertunjukan udara.
Turut hadir TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah serta TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25)
Wednesday, 21 May 2025
21 Mei 2025
23 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Pulau Langkawi, Kedah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YDH. Tan Sri Dato’ Seri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara dan Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi.
TYT Tun Seri Setia kemudian melawat beberapa reruai di MIEC antaranya Turkey Aerospace Industries, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Desan Shipyard (Turki), Leonardo (Itali), WESTSTAR Aviation Services, Galaxy Aerospace Malaysia dan lain-lain.
LIMA’25 menyaksikan penyertaan sebanyak 860 syarikat pempamer, yang terdiri daripada 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.
Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini turut menampilkan penyertaan rasmi daripada 46 buah negara, menjadikannya antara edisi terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak lebih tiga dekad.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh
Tuesday, 20 May 2025
20 Mei 2025
22 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menyapa dan bertanya khabar beberapa pesakit yang sedang menerima rawatan.
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar semua YBhg. Datuk Wira dan semua pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025
Sunday, 18 May 2025
18 Mei 2025
20 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Johan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 iaitu Pasukan Thailand di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Terdahulu TYT Tun Seri Setia menyaksikan perlawanan akhir regu berkumpulan antara Pasukan Malaysia menentang Pasukan Thailand.
Perlawanan menyaksikan Pasukan Malaysia memberikan tekanan yang kuat sebelum tumpas kepada Pasukan Thailand.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan Thailand yang muncul juara edisi ini serta tahniah kepada Pasukan Malaysia yang menjadi naib juara manakala tempat ketiga disandang oleh Pasukan Korea.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran UTeM
Friday, 16 May 2025
16 Mei 2025
18 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr, Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff bin Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara; YBhg. Dato’ Seri Hasan Malek, Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Penyampaian Royalti Jualan Buku Tertinggi dan Penyampaian Sijil Penghargaan Rakan Strategik serta menyaksikan Pertukaran Surat LOA Penerbitan Buku Omar dan Hana antara UTeM dengan ASTRO.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersempena dengan Hari Belia Negara
Friday, 16 May 2025
16 Mei 2025
18 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan .
Turut hadir YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM); Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Presiden Belia 4B.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Tengkera
Friday, 16 May 2025
16 Mei 2025
18 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan Pegawai Syarak Masjid.
Usai selesai di masjid TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Rahim bin Adam, 79 tahun yang sedang uzur di kediamanya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau
Thursday, 15 May 2025
15 Mei 2025
17 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau.
Turut hadir Yang Terhormat Bapak Dr. Drs. HM Juramadi Esram, Kepala Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau yang mewakili Gubernur Kepulauan Riau; Yang Terhormat Bapak H. Hanafi Ekra, Anggota Dewan Pewakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Kepulauan Riau dan Yang Terhormat Bapak Dato’ Wira Drs H Nazaruddin MH, Staf Khusus Gubernur.
Hadir sama YB. Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI dan YBhg. Datuk Haji Md Nasir bin Ghani, Pengerusi DMDI Malaysia.
Majlis ini turut diserikan dengan persembahan daripada Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau antaranya gurindam, puisi dan nyanyian klasik.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Anugerah Tokoh Sukan 2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024
Tuesday, 13 May 2025
13 Mei 2025
15 Zulkaedah 1446H
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah mengurniakan Anugerah Tokoh Sukan 2024 kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 yang diadakan di Subang, Selangor Darul Ehsan.
Majlis turut dihadiri YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Untuk rekod TYT Tun Seri Setia telah dipilih di atas kewibawaan dan ketokohan yang dijadikan contoh serta inspirasi dalam membentuk landskap dan pembangunan pengurusan sukan pada masa kini. Ini dinilai daripada dua persatuan yang dikemudikan serentak oleh TYT Tun Seri Setia iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Malaysia Karate Federation (MAKAF) yang telah membawa pelbagai kejayaan di pelbagai peringkat sehingga la menerima pengiktirafan dunia.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan anugerah Olahragawan Negara 2024 kepada atlet beregu badminton kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Olahragawati Negara 2024 kepada atlet Lawn Bowl kebangsaan, Nur Farah Ain Abdullah.
Manakala anugerah-anugerah lain telah disampaikan YB. Menteri Belia & Sukan Malaysia dan YB. Timbalan Menteri antaranya Anugerah Khas, Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan, Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan, Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan, Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Olahragawati Paralimpik.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Sukan 2024 ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










