Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka
Friday, 13 March 2026
10 Mac 2026
20 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berbesar hati mengadakan Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Alor Gajah.
Antara mereka yang disantuni YABhg Toh Puan termasuklah YBhg. Datin Zubaidah binti Ahmad di Kampung Cherana Puteh, YBhg. Datin Aida binti Bujang di Kampung Paya Datuk, YBhg. Datin Noraini binti Saleh di Taman Seri Bayu, YBhg. Datin Kalsom binti Abu di Ramuan China Kechil, YBhg. Datin Hajah Fatimah binti Md Nor di Kampun Sri Jeram, Puan Azizah binti Mat di Pengkalan Balak dan YBhg. Datin Che Som binti Shukor di Kampung Lendu.
YABhg. Toh Puan turut berkesempatan melawat YBhg. Datin Seri Datuk Khalijah Binti Mohd Jiddi yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah
Friday, 13 March 2026
10 Mac 2026
20 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Suhaimy bin Hussin di Taman Camar Indah, Bukit Katil dan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil.
Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026
Friday, 13 March 2026
9 Mac 2026
19 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026 yang diadakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka
Friday, 13 March 2026
9 Mac 2026
19 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka yang diadakan di Char Koay Teow Ketagih, Bandar Hilir, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka
Friday, 13 March 2026
8 Mac 2026
18 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datin Zaini Binti Lasim, isteri kepada YB. Datuk Rahmad Bin Mariman EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YBhg. Dato’ Norhaya Binti Sulaiman, Timbalan Pengerusi 3 National Council Woman Organisation ( NCWO ); YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis ( PERKEP ) Melaka dan YBhg. Datin Juliana Binti Mohd Hasan, Pengerusi Woman Institution (WI) Daerah Masjid Tanah.
Dalam majlis yang sama, YABhg. Toh Puan turut bersama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia bersama para hadirin serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada tetamu yang hadir.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka
Friday, 13 March 2026
8 Mac 2026
18 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka.
Selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan moreh bersama jawatankuasa masjid serta jemaah yang hadir.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka
Friday, 13 March 2026
7 Mac 2026
17 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka, Persatuan Sepak Takraw Melaka, Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka dan Persatuan Karate Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Maahad Tahfiz serta kepada semua hadirin yang hadir.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Friday, 13 March 2026
6 Mac 2026
16 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kali ke-16 Tahun 1447H/2026M yang telah diadakan di Masjid As-Salimin, Jalan Kandang/Bukit Lintang, Melaka.
Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Tilawah Al-Quran (Qari) yang telah dijuarai oleh Saudara Mohammad Syaheed bin SabrI dari Pahang, Malaysia manakala Naib Johan disandang oleh Saudara Muhammad Miftah Faridl dari DKI Jakarta, Indonesia dan Tempat Ketiga disandang oleh Saudara Arif Hidayat dari Lampung, Indonesia.
Bagi kategori Kategori Tilawah Al-Quran (Qariah) pula, Johan telah dimenangi oleh Saudari Sintia Febriani dari Kalimantan Tengah, Indonesia; Naib Johan disandang oleh Saudari Ma’rifah dari Sulawesi Selatan dan Tempat Ketiga disandang oleh Saudari Sunarti Larisa dari Sulawesi Tengah, Indonesia.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada negara-negara anggota DMDI yang telah mengambil bahagian dalam Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI kali ke-16 ini serta ucapan terima kasih kepada semua urusetia dan petugas-petugas yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program yang mulia ini. Diharap usaha murni ini akan berterusan serta dapat membawa perpaduan demi kesejahteraan umat Melayu dan lslam khususnya. Semoga Majlis Tilawah ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah
Friday, 13 March 2026
6 Mac 2026
16 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah dan menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid.
Turut hadir YBhg. Dr. H. Maulana, Wali Kota Jambi.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
Friday, 13 March 2026
6 Mac 2026
16 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pada majlis ini TYT Tun Seri Setia telah mengurniakan kepada dua penerima iaitu Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR–I) kepada YBhg. Bapak Al Haris, Gabenor Jambi yang telah diwakilkan kepada Dr. H. Sudirman, Sekretaris Daerah Pemerintah Provinsi Jambi dan Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR-II) kepada YBhg. Dr. H. Maulana, Wali Kota Jambi.
Turut hadir YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dan YBhg. Mej. Jen. Dato’ Prof. Dr. Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pengakap Negara.
Syabas dan tahniah atas penganugerahan ini serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap segala sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memperkasa peranan pergerakan Pengakap sehingga mencapai tahap yang membanggakan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










