Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-265 hari pertama
Monday, 26 February 2024
21 Februari 2024
11 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-265 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-265 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Melaka
Monday, 26 February 2024
20 Februari 2024
10 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Melaka yang diadakan di Dataran Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Majlis dimulakan dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang membawakan watak Tunku Abdul Rahman bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka yang membawakan watak Dato’ Panglima Bukit Gantang melakonkan semula detik ketibaan menggunakan kereta bernombor pendaftaran M4442 di Padang Merdeka, Banda Hilir sebelum mengisytiharkan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kemudiannya YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran, Presiden MIC mengkalungkan bunga malai pada YAB Perdana Menteri Malaysia (Tun VT Sambanthan mengkalungkan bunga malai pada YTM Tunku).
Seterusnya Lafaz dan Menandatangani Watikah Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri (sebagai YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) dan penyerahan “Keris Sapukal” oleh YB Datuk Hjh Kalsom binti Noordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka (Sebagai Pn. Zainab Setiausaha Wanita pada tahun 1956) diakhiri dengan laungan “Merdeka” oleh YAB Perdana Menteri.
Majlis diserikan Persembahan Teater Muzikal ‘Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Bina Negara Baru’ mengembalikan memori detik pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir pada tanggal 20 Februari 1956.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pelancaran Akademi Keusahawan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)
Monday, 26 February 2024
19 Februari 2024
9 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Pelancaran Akademi Keusahawan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) di Majlis Makan Malam Sempena Program Pemukiman Perdasama 2024.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut Encik Mohd Azamanizan Baharon, Presiden PERDASAMA dan Puan Wan Kamariza Wan Ngah, Timbalan Presiden PERDASAMA.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan Anugerah Tokoh PERDASAMA.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Berkunjung ke Melaka Car Free Zone
Monday, 26 February 2024
17 Februari 2024
7 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengambil kesempatan berkunjung ke Melaka Car Free Zone yang melibatkan laluan sepanjang 2.3 kilometer di destinasi kawasan tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir membabitkan laluan di Bangunan Merah, hadapan Menara Taming Sari dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
TYT Tun Seri Setia turut menyantuni peniaga-peniaga, para pengunjung juga penarik beca di sepanjang kawasan berkenaan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
Monday, 26 February 2024
16 Februari 2024
6 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) sempena meraikan ahli-ahli kelab yang telah bertukar dan bersara.
Turut berlangsung sambutan hari ulangtahun kelahiran ahli yang lahir pada bulan Februari.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin, Melekek Luar, Alor Gajah
Monday, 26 February 2024
16 Februari 2024
6 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin, Melekek Luar, Alor Gajah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Usai Solat Jumaat TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Muslim Mart milik Koperasi Kariah Masjid Al Muhsinin Melekek Luar Alor Gajah Melaka Berhad.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sambutan Tahun Baru Cina 2024
Tuesday, 13 February 2024
10 Februari 2024
29 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 dengan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Peringkat DUN Machap Jaya, Melaka anjuran YB Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta Majlis Rumah Terbuka YB. Tuan Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka
Monday, 05 February 2024
4 Februari 2024
23 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat serta bertanya khabar semua pesakit di wad tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin
Monday, 05 February 2024
2 Februari 2024
21 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Serta Acara Menandatangani Surat Pengisytiharan
Thursday, 01 February 2024
31 Januari 2024
19 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Serta Acara Menandatangani Surat Pengisytiharan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sementara itu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dalam Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan, diikuti Pengisytiharan Memegang Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah jawatan dilakukan di hadapan Raja-Raja Melayu dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Manakala Johor diwakili Pemangku Sultan Johor, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Perlis diwakili Pemangku Raja Perlis, Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, serta Yang di-Pertua Negeri Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak selain dif-dif kenamaan, yang mewakili badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong turut menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan bermulanya secara rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Ketua Utama Negara baharu Malaysia berdasarkan undang-undang dan Perlembagan Persekutuan.
Terdahulu, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru, sebelum ke Hangar DiRaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menuju ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan disambut Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










