Ziarah Kasih kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah
Thursday, 19 March 2026
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Ziarah Kasih kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah di Kuala Lumpur.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Lawatan ke Kilang Kopi FAMA di Kuala Langat, Selangor
Thursday, 19 March 2026
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Kilang Kopi FAMA di Kuala Langat, Selangor.
Hadir sama YBhg. Datuk Dr. Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian Industri Makanan Asas Tani Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Sekuriti Makanan dan Operasi); YBrs. Shahrulnizam Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn Bhd; YM Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat dan YBrs. Tuan Haji Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perlawanan Liga Super antara Melaka FC menentang Kelantan FC
Thursday, 19 March 2026
15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan perlawanan Liga Super antara Melaka FC menentang Kelantan FC di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Tahniah kepada pasukan Melaka FC yang telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan dua jaringan berbalas satu.
Usai selesai perlawanan TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Bazar MITC, Ayer Keroh bagi melihat gerai-gerai pameran serta beramah mesra dengan pengunjung di situ.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Divisyen Ketiga Infantri
Thursday, 19 March 2026
15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Divisyen Ketiga Infantri yang diadakan di Kelab Rekreasi Pegawai (AORC), Kem Terendak, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid As-Syuhada’, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada masjid.
Turut hadir YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YBhg. Mejar Jeneral Haji Sani Bin S Omar, Panglima 3 Divisyen dan YBhg. Briged Jeneral Datuk Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Khatam Al-Quran Peringkat Dun Ayer Limau 2026
Thursday, 19 March 2026
15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Khatam Al-Quran Peringkat Dun Ayer Limau 2026 di Masjid Raudahtul Solihin Kg. Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka.
Majlis turut dihadiri YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau bersama isteri YBhg. Datin Hajah Hartinee binti Ibrahim; YBrs. Tuan Haji Amir Hussin bin Yaakub, Penyelaras Dun Ayer Limau dan YBrs. Ustazah Norhasimah binti Ismail, Mantan Guru Besar Sekolah Rendah Jaim, Sungai Jernih.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama kenalan-kenalan di Istana Melaka
Thursday, 19 March 2026
14 Mac 2026
24 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama kenalan-kenalan di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri YTM Kolonel Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan YAM Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Iftar Ramadan PDRM Melaka
Thursday, 19 March 2026
13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Iftar Ramadan PDRM Melaka sempena Sambutan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 yang diadakan di Ibu Pejabat Kontijen Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka
Thursday, 19 March 2026
13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengakhiri Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Melaka Tengah.
Antara mereka yang disantuni YABhg. Toh Puan termasuklah YBhg. Puan Sri Halijah Binti Aji di Tanjung Kling, YBhg. Datin Rohaya Binti Bachik di Bertam, YBhg. Datin Rohani Binti Jantan di Bukit Rambai, YBhg. Datin Wira Che Ba Binti Maarop di Kampung Padang, YBhg. Datin Rozana di Padang Temu, YBhg. Datin Wira Kalthom Binti Hj. Hussin di Ayer Molek, YBhg. Datin Maimon Binti Sepet di Bukit Katil, YBhg. Datin kalsom Binti Aziz di Ozana Villa, Bukit Katil, dan YBhg. Datin Wira Faridah Binti Jaafar di Ayer Keroh.
YABhg. Toh Puan juga berkesempatan melawat YBhg. Datin Wira Zunaidah Binti Md Jani di Kuala Sg. Baru isteri kepada YB.Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Merasmikan Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel, Jasin
Thursday, 19 March 2026
13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir Merasmikan Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel, Jasin sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026M/1447H.
Hadir sama YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan memberikan duit raya kepada pelajar sekolah serta kanak-kanak yang berada di masjid.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Peluncuran Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan UTeM (Ai-Lead UTeM)
Thursday, 19 March 2026
12 Mac 2026
22 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyempurnakan Peluncuran Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan UTeM (Ai-Lead UTeM) di Perpustakaan Laman Hikmah UTeM sempena Majlis Iftar bersama UTeM 1447H/2026M.
Di majlis yang sama TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Majlis Perasmian Zheng He Cultural Comer of Malaysia, OCBC A-Amin AZKA-PPZ Knowledge Lounge @ UTeM dan Galeri Penerbit Universiti.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa ringkas dan Solat Maghrib. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia iftar bersama keluarga UTeM dan menyaksikan Penyerahan Bayaran Dividen bagi Tahun Kewangan 2025 daripada UTeM Holding; Penyerahan Sumbangan Progroam lqra TH IPTA 2025 UTeM daripada Tabung Haji; Penyerahan Sumbangan Dana Sarapan Pagi Percuma @ PLH daripada OCBC AI-Amin dan Penyerahan Van Jenazah daripada Sime UMW.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar asnaf UTeM.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










