Perasmian Melaka Heritage Celebration Sempena Melaka Heritage Festival 2023
9 Julai 2023
20 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus menyempurnakan Perasmian Melaka Heritage Celebration Sempena Melaka Heritage Festival 2023 yang diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Duta-Duta daripada pelbagai negara dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Festival yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-15 Melaka Bandaraya Warisan Dunia – Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu menampilkan kepelbagaian etnik terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chetti, Jawa dan Orang Asli.
Bertemakan ‘Warisan Untuk Generasi’, menceritakan sejarah zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan kedudukan negeri yang strategik sebagai pelabuhan penting di alam Melayu pada zaman itu. Turut berlangsung persembahan kepelbagaian budaya dan warisan lapan etnik Melaka yang wujud sejak 600 tahun lalu.
Kira-kira 5,000 pengunjung pada Festival Melaka Heritage 2023 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Gotong Royong anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
8 Julai 2023
19 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa menyertai Program Gotong Royong anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Syatikat SWM Environment turut terlibat sama dalam program ini.
Pelbagai kerja-kerja pembersihan telah berjaya dilakukan dalam program ini antaranya mencatas dahan-dahan pokok yang mati, membersihkan longkang-longkang sekitar dan membuang daun-daun kering serta sampah di sekitar kawasan Taman Seribu Bunga.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As Sajidin, Simpang Kerayong, Jasin
7 Julai 2023
18 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As Sajidin, Simpang Kerayong, Jasin, Melaka.
Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai-pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi anak kepada YDH. DCP Dato’ Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka
30 Jun 2023
11 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi anak kepada YDH. DCP Dato’ Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Avisena Specialist Hospital Shah Alam, Selangor.
TYT Tun Seri Setia turut menyantuni ahli keluarga YDH. Ketua Polis Melaka dan berharap agar mereka tabah dan bersabar serta banyakkan berdoa supaya pesakit dikurniakan kesembuhan daripadaNya.
Turut hadir sama YDH. DCP Dato’ Sasikala Devi A/P Subramaniam, Timbalan Ketua Polis Selangor dan YDH. ACP Mohamed Bin Mahat, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
30 Jun 2023
11 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) Sempena Hari Raya Aidiladha 1444H di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Turut diraikan SI Abdul Rahman Fadzir bin Alias, Pengiring Rapat kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan yang akan pindah bertugas di Ipoh, Perak.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1444H/2023M
29 Jun 2023
10 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1444H/2023M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Linggi; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan juga berkesempatan melihat acara korban berkelompok yang diadakan di dataran Masjid Al-Azim dan menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1444H & Solat Isyak
28 Jun 2023
9 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1444H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 247 tahun Negara Amerika Syarikat
27 Jun 2023
8 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 247 tahun Negara Amerika Syarikat yang diadakan di InterContinental Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian D. McFeeters.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Gotong Royong anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
24 Jun 2023
5 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa menyertai Program Gotong Royong anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka turut terlibat sama dalam program ini.
Pelbagai kerja-kerja pembersihan telah berjaya dilakukan dalam program ini antaranya mencatas dahan-dahan pokok yang mati, membersihkan longkang-longkang sekitar dan membuang daun-daun kering serta sampah di sekitar kawasan Taman Seribu Bunga.
Matlamat program ini diadakan bagi memastikan Taman Seribu Bunga didalam keadaan yang baik untuk para-para pengunjung beriadah di sini serta menyahut saranan TYT Tun Seri Setia yang amat mementingkan kebersihan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Datuk Haji Yusof Abu Hassan di atas kehilangan orang tercinta
23 Jun 2023
4 Zulhijjah 1444H
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Datuk Haji Yusof Abu Hassan di atas kehilangan orang tercinta.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan menziarahi Allahyarham dan menunaikan Solat Jenazah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saad Ibni Abi Waqqas Klebang Besar, Melaka.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. Aamiin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










