Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau
Thursday, 05 March 2026
2 Mac 2026
12 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau.
Majlis dimulakan di Masjid Al-Muhtadi, Ramuan China Besar dengan TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 150 penerima dan sumbangan peribadi kepada masjid serta menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Encik Amar Huzaimi Md Deris, Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia kepada YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam merangkap ADUN Ayer Limau.
Sesudah menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah dan menikmati juadah berbuka puasa, TYT Tun Seri Setia seterusnya menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid An-Namirah, Felcra Ramuan China serta moreh bersama jemaah yang hadir.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Surau Al-Islahiah, Bukit Katil
Thursday, 05 March 2026
1 Mac 2026
11 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Surau Al-Islahiah, Bukit Katil.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid serta meluangkan masa moreh bersama jemaah masjid.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Mahabbah Al-Quran Perdana Wanita Hang Tuah Jaya 2026 di Masjid Al-Azim, Melaka
Thursday, 05 March 2026
28 Februari 2026
10 Ramadhan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir sebagai tetamu kehormat ke Program Mahabbah Al-Quran Perdana Wanita Hang Tuah Jaya 2026 di Masjid Al-Azim, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Hjh Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Merangkap Adun Pengkalan Batu; YB Datuk Hj Rahmad Bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka Merangkap Adun Ayer Molek.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perlawanan Liga Super 2026 antara Melaka FC dengan Selangor FC
Thursday, 05 March 2026
28 Februari 2026
10 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Liga Super 2026 antara Melaka FC dengan Selangor FC yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Selesai perlawanan TYT Tun Seri Setia meluangkan masa briskwalk sekitar MITC, Ayer Keroh.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama World Youth Foundation (WYF) serta Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Istana Melaka
Thursday, 05 March 2026
28 Februari 2026
10 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama World Youth Foundation (WYF) serta Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri TYT Dr. Sandor Sipos, Duta Besar Hungary ke Malaysia; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi World Youth Foundation; Ms. Juanita Joseph, Head of The Office of The UN Resident Coordinator & Strategic Planner (United Nation); YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI); YBhg. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Haji Md Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran; YBhg. Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan penyerahan sumbangan Food Bank DMDI 2026.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Nur Iszzati binti Ismail
Thursday, 05 March 2026
28 Februari 2026
10 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Nur Iszzati binti Ismail di kediamannya di Kampung Bakar Batu, Kandang dan menunaikan Solat Jenazah di Masjid As-Salimin, Kandang.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyantuni beberapa kenalan lain yang sedang uzur dan sakit.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baharu Cina DUN Bandar Hilir, Melaka
Thursday, 05 March 2026
27 Februari 2026
9 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baharu Cina DUN Bandar Hilir, Melaka Tahun 2026 yang di adakan di Dewan SJK(C) Pay Fong 2, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seti Setia disambut YB. Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna; YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB Puan Leng Chau Yen, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap ADUN Bandar Hilir serta YB Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Iftar bersama YAB Ketua Menteri Melaka, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB EXCO, YB ADUN, YB. Ahli Parlimen dan Senator serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka & Persekutuan
Thursday, 05 March 2026
27 Februari 2026
9 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Iftar bersama YAB Ketua Menteri Melaka, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB EXCO, YB ADUN, YB. Ahli Parlimen dan Senator serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka & Persekutuan di Istana Melaka, Bukit Beruang.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka
Thursday, 05 March 2026
27 Februari 2026
9 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada masjid dan kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Ainussyukriyyah.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang merupakan Setiausaha Politik semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Encik Fauzi Abu Bakar serta YBhg. Datuk Haji Yunus bin Hitam yang sedang menerima rawatan di Hospital Putra.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Fardhu Isyak dan Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil
Thursday, 05 March 2026
26 Februari 2026
8 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Baba bin Husin yang telah kembali ke Rahmatullah di kediamannya di Kampung Baru, Bukit Katil.
TYT Tun Seri Setia turut bersama membaca yasin di kediaman Allahyarham dan menunaikan Solat Jenazah di Masjid Lama Bukit Bayan serta berkesempatan melihat pengebumian Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham Haji Baba bin Husin dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










