Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek
Tuesday, 19 August 2025
18 Ogos 2025
24 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mendengar taklimat perkembangan Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek yang diadakan bersama pihak UTeM dan wakil penduduk Kampung Bukit Nibong.
Dalam perjumpaan ini TYT Tun Seri Setia memberi pandangan agar projek-projek yang telah dijalankan ditambah baikan lagi serta mewujudkan pelbagai lagi program yang akan memberi manfaat kepada penduduk kampung.
Program yang telah berlangsung hampir setahun ini telah berjaya menjalankan pelbagai projek antaranya ialah Projek Pembuatan Kerisik Kampung; Projek pembuatan kaki palsu menggunakan pencetak 3D; Projek pembuatan lilin wangi menggunakan minyak masak terpakai dan Projek Sistem Ternakan Ikan Keli Mudah Alih – Portable Aqua Smart System (PASS).


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Taklimat Keselamatan Istana Melaka
Tuesday, 19 August 2025
18 Ogos 2025
24 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah diberikan Taklimat Keselamatan Istana Melaka oleh YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Hadir sama YDH. SAC Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka; YDH. ACP Zulkiflin Arin, Ketua Cawangan Khas Melaka dan YDH. SUPT. Muhammad Zaki Ramat, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuaaan Trafik (JSPT) Negeri.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Rahim bin Adam
Monday, 18 August 2025
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
17 Ogos 2025
23 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terkahir kepada Allahyarham Datuk Haji Rahim bin Adam, mantan Pengerusi Masjid Tengkera yang telah kembali ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yanh soleh. Al-Fatihah.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Meraikan Ulang Tahun Kelahiran cucuanda iaitu Sophea Asmalina binti Mohd Ridhwan
Monday, 18 August 2025
16 Ogos 2025
22 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Meraikan Ulang Tahun Kelahiran cucuanda iaitu Sophea Asmalina binti Mohd Ridhwan bersama ahli keluarga serta kenalan-kenalan rapat di Mari Suites, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Saadah, Jalan Ujong Pasir, Melaka
Monday, 18 August 2025
15 Ogos 2025
21 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Saadah, Jalan Ujong Pasir, Melaka.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Mohd Rafi bin Mohd Yusof bersama jemaah yang hadir di masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Mendiang Datuk Wira Wong Soon Lin di kediamannya di Padang Temu serta menziarahi YBhg. Datuk Chew yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025
Friday, 15 August 2025
15 Ogos 2025
21 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YBhg. Dato’ Umar Saifuddin bin Jaafar, Peguam Cara Negara II; YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh, Ahli Lembaga Pengampunan Negeri; YBhg. Datuk Wong Nai Chee, Ahli Lembaga Pengampunan Negeri; YBhg. Datuk Haelmy bin Mohd Hanifah, Setiausaha Mesyuarat dan TKP Rosman Bin Norman @ Normin, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Liga Super
Friday, 15 August 2025
13 Ogos 2025
19 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Liga Super antara Melaka FC dan Penang FC yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah menonjolkan aksi yang hebat dengan keputusan berakhir seri.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan anak perempuan Encik Sarman bin Saring dan Puan Lillah binti Baba
Monday, 11 August 2025
9 Ogos 2025
15 Safar 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan anak perempuan Encik Sarman bin Saring dan Puan Lillah binti Baba iaitu Nor Shuhadah binti Sarman dan Pasangannya Mohamad Arief bin Abdul Rahman yang merupakan adik kepada pemandu rasmi YABhg Toh Puan yang berlangsung di Kampung 8 Bachang, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025
Monday, 11 August 2025
8 Ogos 2025
14 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2; YABhg. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8; YBhg. Dato’ Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara dan YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Dr. Abdul Malik Abdullah, Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA).
Tahniah diucapkan kepada YABhg. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 kerana telah menerima Anugerah Lifetime Visionary Leadership yang telah disampaikan oleh TYT Tun Seri Setia.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menyampaikan lagi kepada 10 penerima anugerah lain.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd.
Monday, 11 August 2025
8 Ogos 2025
14 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd. di Petaling Jaya, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Encik Mohamad Azlan Bin Jaafar, Pengarah Urusan/Pengarang Kumpulan; Encik Abd Wahid Idris, Ketua Pegawai Kewangan; Encik Aznan Bakar, Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia; Encik Wan Hasnan Wan Hasan, Pengarang Kosmo!/ Kosmo Ahad! dan Puan Siti Rohaya Syed Hassan, General Manager Digital & Informasi.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia mendengar taklimat berkenaan cara operasi syarikat dan seterusnya dibawa melawat sekitar syarikat serta bertemu kakitangan.
Media Mulia Sdn. Bhd. ialah penerbit dan pemegang permit Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad serta semua kandungan dan platform media digital dan sosial yang dikaitkan dengan tajuk ini.
Ianya sebuah syarikat media yang berasaskan nilai sejagat, menekankan kepada prestasi tinggi dan budaya kerja kecemerlangan, berinovasi, adaptif dan sensitif terhadap keperluan semasa dan perubahan masyarakat.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










