ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah
10 Mac 2026
20 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Suhaimy bin Hussin di Taman Camar Indah, Bukit Katil dan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil.
Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026
9 Mac 2026
19 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026 yang diadakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026 Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026 Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka
9 Mac 2026
19 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka yang diadakan di Char Koay Teow Ketagih, Bandar Hilir, Melaka.
Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
8 Mac 2026
18 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datin Zaini Binti Lasim, isteri kepada YB. Datuk Rahmad Bin Mariman EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YBhg. Dato’ Norhaya Binti Sulaiman, Timbalan Pengerusi 3 National Council Woman Organisation ( NCWO ); YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis ( PERKEP ) Melaka dan YBhg. Datin Juliana Binti Mohd Hasan, Pengerusi Woman Institution (WI) Daerah Masjid Tanah.
Dalam majlis yang sama, YABhg. Toh Puan turut bersama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia bersama para hadirin serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada tetamu yang hadir.
Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka  Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka
8 Mac 2026
18 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka.
Selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan moreh bersama jawatankuasa masjid serta jemaah yang hadir.
Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka
7 Mac 2026
17 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka, Persatuan Sepak Takraw Melaka, Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka dan Persatuan Karate Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Maahad Tahfiz serta kepada semua hadirin yang hadir.
Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Jawatankuasa Persatuan Sidang Negeri Melaka dan Maahad-Maahad Tahfiz di Istana Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
6 Mac 2026
16 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kali ke-16 Tahun 1447H/2026M yang telah diadakan di Masjid As-Salimin, Jalan Kandang/Bukit Lintang, Melaka.
Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Tilawah Al-Quran (Qari) yang telah dijuarai oleh Saudara Mohammad Syaheed bin SabrI dari Pahang, Malaysia manakala Naib Johan disandang oleh Saudara Muhammad Miftah Faridl dari DKI Jakarta, Indonesia dan Tempat Ketiga disandang oleh Saudara Arif Hidayat dari Lampung, Indonesia.
Bagi kategori Kategori Tilawah Al-Quran (Qariah) pula, Johan telah dimenangi oleh Saudari Sintia Febriani dari Kalimantan Tengah, Indonesia; Naib Johan disandang oleh Saudari Ma’rifah dari Sulawesi Selatan dan Tempat Ketiga disandang oleh Saudari Sunarti Larisa dari Sulawesi Tengah, Indonesia.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada negara-negara anggota DMDI yang telah mengambil bahagian dalam Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI kali ke-16 ini serta ucapan terima kasih kepada semua urusetia dan petugas-petugas yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program yang mulia ini. Diharap usaha murni ini akan berterusan serta dapat membawa perpaduan demi kesejahteraan umat Melayu dan lslam khususnya. Semoga Majlis Tilawah ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah

6 Mac 2026

16 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah dan menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid.
Turut hadir YBhg. Dr. H. Maulana, Wali Kota Jambi.
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah Solat Jumaat di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka), Bukit Palah
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
6 Mac 2026
16 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pada majlis ini TYT Tun Seri Setia telah mengurniakan kepada dua penerima iaitu Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR–I) kepada YBhg. Bapak Al Haris, Gabenor Jambi yang telah diwakilkan kepada Dr. H. Sudirman, Sekretaris Daerah Pemerintah Provinsi Jambi dan Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR-II) kepada YBhg. Dr. H. Maulana, Wali Kota Jambi.
Turut hadir YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dan YBhg. Mej. Jen. Dato’ Prof. Dr. Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pengakap Negara.
Syabas dan tahniah atas penganugerahan ini serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap segala sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memperkasa peranan pergerakan Pengakap sehingga mencapai tahap yang membanggakan.
Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil sempena memperingati 2 tahun pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Friday, 13 March 2026 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil sempena memperingati 2 tahun pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
5 Mac 2026
15 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil sempena memperingati 2 tahun pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 yang telah diadakan di Taman Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Ketibaan YABhg. Toh Puan telah disambut oleh YABhg. Toh Puan Raghad Kurdi Taib, balu Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan mencemar duli hadir ke majlis yang sama.
Majlis dimulakan dengan Majlis Iftar, Solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin dan doa tahlil serta Solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.
Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil sempena memperingati 2 tahun pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil sempena memperingati 2 tahun pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil sempena memperingati 2 tahun pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Recent Posts

  • Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    18 Mac 2026 28 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP