ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat Kebesaran Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil Anugerah Pengakap Raja 2018 dan 2019

Monday, 11 September 2023 by tytmelaka
Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat Kebesaran Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil Anugerah Pengakap Raja 2018 dan 2019
9 September 2022
24 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat Kebesaran Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil Anugerah Pengakap Raja 2018 dan 2019 yang diadakan di Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dan Tuan Hj Ibrahim Md Noor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Negeri Melaka
TYT Tun Seri Setia telah mengurniakan sebanyak 24 Anugerah Gemilang Presiden, 42 Anugerah Presiden dan 82 Anugerah Sijil Pengakap Raja pada majlis kali ini.
Pada sesi ini, YB Datuk Rahmad bin Mariman telah dianugerahkan Anugerah Gemilang Presiden mendahului senarai penerima anugerah berkenaan.
Anugerah Gemilang Presiden dikurniakan kepada orang perseorangan dan individu yang telah menyumbang perkhidmatan gemilang dan terpuji kepada Pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka. Manakala Anugerah Presiden dikurniakan kepada mereka yang telah berbakti dan berjasa serta memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada Pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka.
Anugerah Sijl Pengakap Raja merupakan darjah pencapaian tertinggi sekali dalam Pergerakan Pengakap. Sijl Pengakap Raja sebelum Malaysia merdeka, ditandatangani oleh King George V dan Vi dan dipanggil King’s Scout. Pada tahun 1952 hingga 1957, sijil itu pula ditandatangani oleh Ratu Elizabeth ll dan dikenali sebagai Queen’s Scout. Kini Sijl Pengakap Raja ditandatangani oleh semua Sultan dan Raja seluruh Malayslia dan penerimanya dipanggil Pengakap Raja
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al Mujib, Masjid Tanah

Monday, 11 September 2023 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al Mujib, Masjid Tanah
8 September 2022
23 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Mujib, Masjid Tanah, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di sambut YB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke-12, merangkap ADUN Lendu.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Celebration The National Day of Brazil

Monday, 11 September 2023 by tytmelaka
Majlis Celebration The National Day of Brazil
7 September 2022
22 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Celebration The National Day of Brazil yang telah diadakan di Kuala Lumpur, anjuran Kedutaan Brazil di Malaysia.
Kehadiran TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh TYT Ary Norton De Murat Quintella, Duta Besar Brazil ke Malaysia. Turut hadir YB Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia, beberapa Ahli Parlimen, Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi daripada pelbagai negara serta tokoh-tokoh korporat.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Ceramah Perdana Merdeka Sempena Karnival Mega Jualan Agro Madani Peringkat Negeri Melaka 2023

Tuesday, 05 September 2023 by tytmelaka
Ceramah Perdana Merdeka Sempena Karnival Mega Jualan Agro Madani Peringkat Negeri Melaka 2023
31 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Ceramah Perdana Merdeka Sempena Karnival Mega Jualan Agro Madani Peringkat Negeri Melaka 2023 yang diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Ceramah Perdana Merdeka yang bertajuk “Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat” menampilkan YBhg. Dato’ Badli Shah, Timbalan Mufti Negeri Pahang dan Ustaz Harryanto, Penceramah bebas serta moderator oleh Ustaz Murad Ahmad, Timbalan Pegawai Hal Ehwal JAIM.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Hi-Tea Bersama Anak Merdeka Tahun 2023

Tuesday, 05 September 2023 by tytmelaka
Majlis Hi-Tea Bersama Anak Merdeka Tahun 2023
31 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Hi-Tea Bersama Anak Merdeka Tahun 2023 yang diadakan di Mudzaffar Hotel, Ayer Keroh, Melaka.

 

Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya dan YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri.
Seramai 155 anak merdeka yang diraikan pada majlis kali ini.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka

Tuesday, 05 September 2023 by tytmelaka
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka

31 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.

Turut hadir YAB Datuk Seri Utama ab Rauf bin Yusoh bersama Isteri dan barisan kepimpinan tertinggi Negeri Melaka, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Rakyat Negeri Melaka.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan bertemakan ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Jamuan Teh Negeri yang diadakan di Dataran Orang Kampung Merlimau

Wednesday, 30 August 2023 by tytmelaka
Majlis Jamuan Teh Negeri yang diadakan di Dataran Orang Kampung Merlimau
27 Ogos 2023
9 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Jamuan Teh Negeri yang diadakan di Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YDH. Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara; YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2023.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan kepada kepada Anak Yatim, Warga Emas danOrang Kurang Upaya (OKU) serta beramah mesra bersama hadirin.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74

Wednesday, 30 August 2023 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74
25 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74 di Hotel Hatten, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2023.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau

Wednesday, 30 August 2023 by tytmelaka
majlis perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau
25 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka kemudiannya menyampaikan Khutbah Jumaat sekaligus memimpin Solat Jumaat.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran

Wednesday, 30 August 2023 by tytmelaka
Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Hari Pahlawan Dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023
24 Ogos 2023
7 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Hari Pahlawan Dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 77
  • 78
  • 79
  • 80
  • 81

Recent Posts

  • Menziarahi YBhg. Datuk Wira Dr. Haji Abu Bakar bin Mohamad Diah, mantan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta menziarahi YBhg. Datin Awateff iaitu balu kepada Allahyarham Prof. Datuk Amir Baharuddin

    Menziarahi YBhg. Datuk Wira Dr. Haji Abu Bakar bin Mohamad Diah

    6 April 2026 17 Syawal 1447H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP