Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-261 hari kedua
23 Februari 2022
2 Syaaban 1444H
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-261 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Turut sama hadir TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
Mesyuarat MRR kali ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.
Majlis disusuli Majlis Santapan Tengahari Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-261 dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta DYMM Sultanah-Sultanah juga Isteri Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri dan isteri YAB Perdana Menteri.
- Published in Arkib Berita, Berita
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 hari pertama
22 Februari 2022
1 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
- Published in Arkib Berita, Berita
Anugerah S.U.M.W
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di atas penganugerahan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W) sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021
- Published in Arkib Berita, Berita
Pelantikan sebagai Canselor Geomatika University College dan Penganugerahan Doktor Kehormat
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman dilantik sebagai Canselor Geomatika University College dan menerima Penganugerahan Doktor Kehormat dalam bidang Pembangunan Wanita dan Keluarga pada Istiadat Pemasyhuran Canselor & Penganugerahan Kehormat Geomatika University College yang telah berlangsung pada 30 Disember 2020 (Rabu) bertempat di Hotel Ames, Melaka. Tahniah diucapkan.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)
Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) mengambil peluang bergambar kenangan di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Melaka Telah Berlangsung Di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka Pada 27 Mei 2016 Yang Lalu
- Published in Arkib Berita






