Istiadat Kawalan Kehormatan serta Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2023
13 Mac 2023
20 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berangkat bagi menghadiri Istiadat Kawalan Kehormatan serta Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2023.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia turut menegaskan kesejahteraan rakyat Melaka memerlukan tumpuan ahli-ahli Yang Berhormat dalam menyelesaikan segala permasalahan. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri perlulah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni agar menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat umum dan mencerminkan kematangan pemimpin. Setiap perbalahan hanya akan merugikan semua pihak. Sebaik-baiknya perbezaan pendapat yang ada ditransformasikan menjadi landasan ke arah kerjasama satu pasukan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan Negeri Melaka yang tercinta.
TYT Tun Seri Setia turut menaruh harapan supaya persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini dapat berjalan dengan teratur, matang dan sempurna serta dengan penuh rasa hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa mengambil kira ideologi politik masing-masing dengan semangat perpaduan.
- Published in Arkib Berita, Berita
Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil
10 Mac 2023
17 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka dan menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid.
Sejurus tamat Solat Jumaat TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi warga emas yang tinggal berdekatan kawasan masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
8 Mac 2023
15 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut diperkenalkan dengan YBhg. Datuk Roslan bin Ahmad, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang baharu.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H / 2023M
7 Mac 2023
14 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H / 2023M yang telah diadakan di Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport Jalan Batu Berendam, Melaka.
Hadir sama YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka ; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka dan YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Majlis yang berlangsung bermula dengan Solat Maghrib diteruskan dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat serta Tazkirah yang bertajuk “Menyubur Iman Haruman Ramadan” yang telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat dan Majlis Penyerahan Mushaf Al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri (KDN)
6 Mac 2023
13 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dan Majlis Penyerahan Mushaf Al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Mushaf Al-Qur’an KDN edisi terkini ini mengandungi keenam-enam hukum tajwid berwarna sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan bagi pewarnaan tajwid dan diberi nilai tambah berupa warna untuk waqaf (berhenti dan teruskan bacaan) dan ibtida’ (berhenti dan ulang bacaan).
Hadir sama YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan); YBrs. Encik Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN dan YBrs. Prof. Madya Dr. Khairul Anuar bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mushaf Al-Quran KDN.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia
5 Mac 2023
12 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia; YBrs. Encik Wan Hashim bin Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) KKM; YBhg. Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka; Puan Masrina Marsono, Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha, KKM serta Puan Norerianti Mohd Zulkifli, Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri Kesihatan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As-Salihin, Kampung Permatang Pasir, Alai, Melaka
3 Mac 2023
10 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salihin, Kampung Permatang Pasir, Alai, Melaka.
Hadir sama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang turut menjadi Khatib dan Imam Solat Jumaat.
TYT Tun Seri Setia juga telah menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Pelancaran Jersi, Logo Dan Pengenalan Pasukan Melaka Football Club (Melaka FC)
25 Februari 2022
4 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Jersi, Logo Dan Pengenalan Pasukan Melaka Football Club (Melaka FC) yang diadakan di Hotel Casa Del Rio, Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Wira Hj. Hamidin Bin Mohd Amin, Presiden FAM dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Bin Ahmad, Presiden MAFA.
Majlis penyerahan jersi pasukan Melaka FC di serahkan oleh En. Muru selaku Pengurus Besar Active Sports PUMA dengan menyampaikan jersi kepada TYT Tun Seri Setia sebagai simbolik pelancaran jersi baharu Melaka FC yang merupakan penaja pakaian bagi mengharungi saingan Liga M3 2023.
- Published in Arkib Berita, Berita
Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-261 hari kedua
23 Februari 2022
2 Syaaban 1444H
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-261 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Turut sama hadir TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
Mesyuarat MRR kali ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.
Majlis disusuli Majlis Santapan Tengahari Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-261 dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta DYMM Sultanah-Sultanah juga Isteri Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri dan isteri YAB Perdana Menteri.
- Published in Arkib Berita, Berita
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 hari pertama
22 Februari 2022
1 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
- Published in Arkib Berita, Berita










